Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ) 💕
Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Alhamdulillah kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan ramadhan. Semoga di bulan yang penuh berkah ini, kita mendapat pengampunan Allah SWT dan dapat sama-sama mengejar redha Allah dengan mempertingkatkan lagi amalan. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Allahumma aamiin ya Mujib.
Anyway, fuhhhh, lama betul sudah kan nda tulis sesuatu disini. Harini tiba-tiba tersinggah kesini sebab tengah join kursus ICT untuk belajar tentang website, dan salah satunya Blogger. Terus teringat blog ku yang dah lama tinggal ni huhu kesian dia berhabuk dah *lap-lap screen laptop*. Rindu. Rinduuuuuuuu sangat zaman-zaman masa aktif blog. Dalam masa yang sama rasa macam wahh mashaAllah gigihnya diri aku yang dulu belajar setting dan tulis blog. Alhamdulillah, nda sia-sia belajar dulu. Adalah juga sikit-sikit ilmu yang boleh digunapakai bila meningkat dewasa ni hehe.
How's life going, everyone? Aku alhamdulillah baik-baik saja sekarang. Cuma biasalah tu, hidup ada turun naiknya kan. Kadang tu adalah juga hari dimana emosi terjejas. But so far, semuanya okay. Ingatkah post aku sebelum ni aku ada mention tengah tunggu result penerapan degree? Alhamdulillah sekarang saya telah berjaya menamatkan degree! *emoji terharu*. It's a tough journey tapi alhamdulillah dapat tamatkan dengan baik dengan izinNya. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Terima kasih juga my parents, family, lecturers, rakan-rakan seperjuangan dan orang-orang baik yang saya jumpa sepanjang perjalanan degree ini *emoji terharu part 2*. Saya saaaaaaaayang semua! Semoga Allah kurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda kepada kalian.
Sekarang ni aku tengah menanam anggur di rumah hahaha. Belum start apply kerja lagi, baru survey-survey. InshaAllah planning dalam April atau Mei nanti. Hopefully nanti ada rezeki masuk industri halal sebab teringin sangat mau apply ilmu yang telah dipelajari selama lima tahun ni di industri kelak inshaAllah. Doakan saya yeorobun. Doa yang baik-baik juga buat kalian.
So for now, aku tengah join any courses untuk isi masa lapang dan upgrade skill diri yang tidak seberapa ini uhuk uhuk *emoji tersakiti*. Aku punya random tu kan, aku pergi join tiga kursus sekali gus. Kursus ICT, kursus bahasa korea dan training tentang shariah audit dan halal assurance. Paling random kursus bahasa korea lah. Aku ingatkan mula-mula kursus pendek ja belajar dua hari begitu. Sekalinya 84 jam = 18 hari, siap ada exam lagi hahahaha. Agak tertekan lah juga masa kelas first tu 😂 Tapi lama-lama rasa ok juga sebab dapat teacher yang supportive dan friendly, lepastu kawan-kawan yang sama-sama belajar pun baik-baik semua. Hasilnya, lepas join kelas dua hari, alhamdulillah pandai sudah aku baca tulisan hangul haha. Tapi lambat sikitlah membaca dan belum faham sangat lagi apa yang dibaca sebab belum belajar sangat pasal vocabulary. Soon inshaAllah. Nanti anyone here yang mau belajar hangul, bolehlah saya share ilmu yang saya tahu sikit-sikit ni hehe.
Kursus ICT pula, yang aku belajar tadi pagi. Kursus ni 6 hari. So sepanjang minggu ni lah sampai Sabtu. Ni blog ni, part of kursus ni juga hehe. Belajar balik cara setting Wordpress, Blogger and Wix (soon). Alhamdulillah banyak ilmu juga yang dipelajari. Untuk training shariah pula, tengok di youtube ja training nya. Kena bagi tempoh sebulan, sepanjang bulan Mac ni. Tapi aku belum start lagi hehe. Nanti aku start after habis kursus ICT ni inshaAllah.
Sambil-sambil tu juga, kerja aku di rumah is menggulung popia kecil untuk pre-order raya hehe. Baru ja semalam start menggulung. Sambil tengok Geng Ngaji. Rancangan tu, serious best 👍 Kira macam my comfort show juga lah during ramadhan. Kamu patut tengok juga hehe.
Ok lah setakat itu saja untuk hari ini. Kalau rajin nanti aku type lagi yaaaa haha daa! Assalamualaikum. Salam ramadhan!