Sunday, 13 November 2016

BUKU



Hai, aku kembali! :D


Lama tak blogging huhu. Selalunya, hujung-hujung tahun ni mesti aku cerita tentang cuti sekolah kan? but not this year haha. Tahun ni kitorang cuti lambat sikit. Sob sob :/ Kesimpulannya, redha dan tawakal ja lah haha.


Ni sebenarnya aku nak cerita pasal semalam. Aku rasa sedikit bangga sebab masa aku beli buku, aku bayar sendiri kat kaunter tanpa ditemani ahli keluarga xD Bukan aku nak riak, bukan, tapi wahh. Tak sangka. Selama ni kalau nak beli aiskrim pun aku suruh adik aku yang bayar kat kaunter. Kalau aku yang bayar pun, mesti ada teman. Kalau tak mana aku berani hahaha. Aku pun tak tahu kenapa.


Tapi pengalaman bayar sendiri tanpa ditemani ni aku tak tau dan tak ingat dah berapa kali aku lalui. Baru harini tiba-tiba terfikir nak cerita kat sini hehehe ( supaya entry ni panjang sikit muahaha :p ) 


Berbalik kepada tajuk asal entry, buku. Buku bertuah yang aku pilih tadi merupakan buku keluaran Buku Prima yang bertajuk, ' Qarin ' karya Illya Abdullah. Aku tak tau kenapa aku pilih buku ni. Mungkin sebab aku rasa buku ni best haha. Best ke tak best? Jom kita baca nanti! Kata orang Brunei, ayastah kitani baca karang! Haha.


Tapi tadi ada tengok juga review buku ni kat internet. Pelbagai komen dan pelbagai rating orang bagi.






Sinopsis
Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.

Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN.

QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.



Copy and paste dari : Buku Prima


Baiklah itu sahaja haha. Aku tak tau lah berapa lama masa aku gunakan untuk aku habiskan baca buku ni. Faham-faham ja lah aku ni kan bukan ulat buku. Aku manusia hehehe. Gurau-gurau haha. Orite, byee! Assalamualaikum :)


New update September 2021 : Sampai sekarang aku tak baca lagi tau buku ni mashaAllah! 😂 Mohon doakan aku agar dapat menghabiskan bacaan untuk semua buku yang telah dibeli.
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates