Hai gaisssss! Wahhh! It's been a long time without you blog, hehe 😆
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). 💕
So guys, kita lagi di jagung guys 😂 Nda bah huhu. Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana? Diharap semua 'sihat' dan sihat lah ya hihi.
Oleh kerana lama sudah aku nda muncul dalam dunia blog ni, jadi tiba-tiba rindu mau menaip something di blog walaupun aku tau tiada siapa mau baca 😂. So here am I today 😊
Actually, aku nda banyak idea sangat pun mau buat entry ni. Jadi harini aku cuma mau kongsi pengalamanku yang tak seberapa. Kira cerita tentang kehidupan selepas SPM lah hehe. So kamu kalau ada apa-apa pengalaman yang ingin dikongsi, just leave your comment below tanpa segan silu ya! Hehe
Ok start! 😆
Sebelum mulanya SPM, aku lama sudah plan konon-konon nanti lepas exam mau buat itu mau buat ini. Mau tengok movie lah. Banyak benar to-do list nya tu haha. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan, dan perancangan Allah itu semestinya yang terbaik 💕
Selepas selesai menduduki SPM pada tahun 2017, which is tahun lepas, happy lah kan bila habis paper. Freedom gitu. Biasalah dulu-dulu hihi (Rindunyaaaa aku dengan sekolah 😌) Tapi to-do list yang telah dibuat dan dirancang dari awal tu, tiba-tiba rasa malas mau buat entah kenapa haha. Yang aku nda faham, kenapalah masa-masa mau exam baru rasa mau buat macam-macam selain belajar, tapi masa bukan exam nda pula begitu aigoo 😂
Dalam menghadapi kebosanan yang melanda masa cuti tu kan, (biasalah pelajar, kalau sekolah mau cuti, kalau cuti rasa bosan) tiba-tiba terdetik hati mau kerja. Jadi aku pun plan lah dengan kawan-kawan mau cari kerja sama-sama sementara menunggu keputusan SPM. Kawan-kawan aku ada suggest satu supermarket ni, GDC namanya, ada kerja kosong. So dorang rancang mau hantar salinan IC di supermarket tu. Aku ni jenis yang susah tetapkan hati. Sekejap mau, sekejap nda. Jadi terus rasa dua hati mau hantar salinan IC atau nda. Lalu aku pun mengeluarkan pelbagai alasan 😂Tapi setelah dipujuk-pujuk oleh Ummi (thanks to her, dia selalu berjaya pujuk aku hahaha), aku pun hantar juga salinan IC dengan bantuan Fariha.
A week after that kalau nda silap, tiba-tiba aku dapat satu panggilan telefon. Mula-mula aku ingat yang call tu nenek sebab nombor telefon lebih kurang sama tapi tiada nama. Rupanya office GDC yang call, dorang panggil interview. Aku time tu memang rasa tak terkata, Excited juga lah. But then, bila aku tanya kawan-kawan lain, dorang kata dorang nda dapat panggilan pun. Okay masa tu hati aku rasa prak prak 💔 I was like, ' whattttt?! Aku sorang ja ' 😭
Dipendekkan cerita, aku tetap pergi interview (juga dengan pujukan Ummi dan family) dan alhamdulillah aku diterima bekerja sebagai Sales Assistans di supermarket tu. Jujur masa interview tu aku rasa mau nangis hahahah. Itulah interview kerja pertama dalam hidup aku.
Tips Interview : Senyum 😊
Hari pertama aku kerja, aku ditempatkan di Section B, lorong 5 iaitu lorong segala jenis maggi dan mee. Orang pertama yang jadi kawan aku di section B ialah kak Azima yang akhirnya jadi partner aku apabila aku dipindahkan ke lorong 2 iaitu lorong segala jenis susu tepung. Masa first day tu aku sudah rasa ' mau berhenti, mau berhenti ' atas sebab-sebab tertentu 😂 Siap buat surat resign lagi! Hahaha. Sudahlah punch card pun aku nda pandai time tu. Lucu bila ingat balik macam mana Ray ajar aku cara punch card hahah.
First day tu, kak Saja ja yang jadi kawan aku tapi itupun masa rehat sebab section kami nda sama. Kak Saja ni, macam mana aku boleh rapat dengan dia, sebab masa interview tu kami ada bertegur dan dengan tiba-tibanya kami jadi kawan hahah.
Hari berikutnya, aku dapat tau ada kawan aku yang nda berapa rapat pada mulanya iaitu Riza (sekarang rapat gara-gara selalu spendtime sama-sama hampir 5 bulan di GDC tu 😂). So aku pun macam dua hati masa tu mau berhenti ka atau nda. Dalam masa yang sama, masalah yang aku hadapi tu, alhamdulillah ada penyelesaiannya sudah. So, aku pun nda jadi berhenti dan teruskan bekerja.
Then beberapa bulan selepas tu classmate aku, Dhirah pun ada juga kerja situ. Tapi oleh kerana department kami berbeza, jadi nda selalu sama-sama. Rest pun jarang sama-sama. Tapi haritu kami ada rest sama-sama, sempat lagi kami pergi jalan-jalan tengok bundle hahah.
Pendekkan cerita, alhamdulillah aku berpeluang bekerja di sana selama hampir 5 bulan iaitu dari 12 Dec 2017 hingga 30 April 2018. Aku dan Riza sama-sama berhenti sebab kiranya mau sambung belajar. Tapi aku sekarang masih menunggu. Kalau tiada apa-apa halangan, InshaaAllah mungkin tahun depan hihi. Mama kata, " kau cakap haritu mau cuti setahun kan " 😂 Alhamdulillah, doaku termakbul hahaha.
Apapun best juga lah bila dapat merasa jadi part of GDC 😊 Kadang, aku rindu dengan semua kenangan-kenangan tu. Dalam hampir 5 bulan kerja sana, aku belajar banyak benda. Aku belajar untuk lebih berdikari. Aku yang nda pernah-pernah menumpang van seorang, terpaksa beranikan diri huhu. Then aku belajar untuk berkomunikasi dengan orang dan stranger, bekerjasama dengan teammate, cara menghadapi pelbagai ragam pelanggan, cara order barang, cara ambil barang di atas gondola, cara susun barang ikut susunan yang sebenar and so on. Haa dan yang paling penting, sejak kerja di GDC aku nda lagi gayat mau panjat tangga yang kena guna untuk ambil stok tu. Siap dapat gelaran ' si tangga ' lagi dari kak Jilah 😂 Paling best bila satu kawasan tu ada satu tangga ja, haaa di sanalah kami berebut mau guna. Kadang bila tinggalkan tangga seminit dua, pandai hilang tangga tu hahah.
Dalam tempoh tu jugalah aku dapat kenal ramai orang and it feels so good dan seronok bila ada ramai kawan dan kenalan. Walaupun singkat ja perkenalan kami, tapi rindu juga aku dengan dorang hahah. Sekarang, kebanyakan kawan-kawan aku di GDC dulu berhenti sudah dan kerja di tempat lain. Kiranya sekarang macam batch lain lah sudah di GDC tu perumpamaannya. Yang batch kami nda ramai sudah sana. Kecuali supervisor dan manager lah. Tetap sama.
Okaylah. Itu sahaja buat masa ini. Nanti ada masa, inshaaAllah aku cerita lagi di part 2. Apapun, terima kasih kepada insan-insan yang telah banyak membantu aku, doakan aku dalam diam, chincaa gumawo! 😊 Syukran.
Maaf jika ada tersilap kata. Byeee! Assalamualaikum! Terima kasih 😄