Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). 💕
Hi it's been a long time ~ Wah setahun kemudian baru aku sambung cerita ya 😂 Ok aku teruskan cerita setahun yang lepas.
Cerita tahun lepas berakhir dengan " Bila aku cek ja.... "
So bila aku cek ja, Alhamdulillah I was so happy!!! 😆 Sebab apa? Finally aku dapat course pilihan pertama aku iaitu Diploma Pengurusan Halal. Before tu dalam otak aku memang fikir lah kalau aku dapat DPH ni, mesti aku dapat tempat yang dekat dengan Sabah which is Sarawak. So aku happy lah bukan main. Sampailah aku tertengok nama lokasi yang bakal menjadi tempat aku mencari ilmu.
N3 - UiTM Kampus Kuala Pilah ( Beting )
Masa tu I was like, eh dimana ni. Kenapa nama dia lain 😂 al maklumlah aku subjek geografi ni lemah sikit. Lepas google apa semua, oh baru tau UiTM Kampus Kuala Pilah ni dekat Negeri Sembilan. Then terdetik something dekat hati. Aku punyalah berabis mau dapat tempat dekat sampai sanggup tunggu intake 2, last-last dapat tempat jauh juga hahah. So aku positif. Aku fikir mungkin dengan cara ni Allah mau bagi aku rasa macam mana rasanya pergi negeri orang. Family aku pun biasa-biasa ja. Sebelum ni aku nda pernah langsung merasa berjalan-jalan, merantau di negeri orang. Apatah lagi naik kapal terbang, jauh sekali. So mungkin inilah masanya. Sambil tergelak, aku cakap macam tu dengan mama haha.
Parents aku siap cakap lagi, " kalau nda mau pergi yang ni, ndapalah. Tunggu lagi " sebab dorang risau boleh ka nda aku survive seorang diri 😂 Tapi aku fikir, kalau bukan kalini, bila lagi kan. Lagipun aku dapat course DPH. Course pilihan pertama aku yang aku betul-betul mau ambil. Bukan senang dapat peluang huhu. So aku decide untuk pergi juga walaupun sebenarnya takut takut juga sebab ya lah selama ni mana pernah berjauhan dengan family hahah. I anak manja gituuu. Sekolah menengah dulu pun sekolah harian biasa ja, hari-hari duk ulang alik naik basikal. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, aku dapat survive sampai sekarang 😊
Dan aku rasa bersyukur sangat-sangat dapat UiTM Kuala Pilah sebab di situlah aku belajar banyak benda, aku berjumpa dengan ramai orang yang baik-baik, aku cuba aktifkan diri sebab you know aku seorang pelajar yang pasif masa sekolah dulu hahah dan macam-macam lagi perkara yang buatkan aku bersyukur dan happy dapat merasa belajar dekat kampus Kuala Pilah ni. Walaupun orang kata Pilah ni hutan tiada apa-apa, biasalah setiap tempat ada kelebihan dan kekurangannya kan, tapi UiTM Kuala Pilah tetap di hati gituuu hahah 💖😉
Sekarang ni aku ada dekat kampus lah hahah. Sekarang masuk sem 3 sudah. Lagi 2 sem ja lagi pastu habis, inshaAllah. Doakan kami dapat graduate on time ya. Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dalam apapun yang kita buat 😊 aamiin ya Mujib, aamiin ya Allah.
Ok lah. Byee Assalamualaikum! Maaf jika ada tersalah kata. See you when I see you! Terima kasih!