Macam mana dengan sekolah? Ada dapat
kawan baru? Harini merupakan hari ke-3 aku bersekolah sebagai student form 3. Best jugalah. Oh ya! Siapa di sini yang bakal menghadapi PT3 tahun ni? Sila angkat
kaki! Apapun, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon PT3.
We can do it, yeahhh! :D Begitu juga dengan calon-calon UPSR, SPM, STPM dan
yang bakal mengambil peperiksaan, selamat berjayaa! :D Ingat, gagal sekali
bukan bermakna kita gagal selamanya.
By the way, masa first day sekolah tu .. My parents ada belikan arnab 😆
Nama mereka ialah Cakucai dan Cakuteow. Nama
tu kakak aku yang bagi. Sebenarnya nama tu kami dapat dari MLM 2014. Minggu 4,
masa ZERO perform. "Cakucai! Cakucai! Mana gajah
aku?" "Ini Malaysia, jerit Cakuteow baru orang faham" Ha, dari situlah kami
dapat idea. Nak tengok? Cek kat sini > MLM 2014 <
Tapi aku tak sure lah macam mana nak eja Cakucai dan Cakuteow.
Main taip-taip ja. Btw aku first time bela arnab jadi maaflah jika
terserlah kesakaian disitu, heheh.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)