Kelmarin merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2015. Now, it's
holiday time! Muahaha *gelak jahat*
Agak berat hati mau tinggalkan kawan-kawan seperjuangan kelmarin. Mungkin kerana dalam 3 tahun tu
(form 1 - form 3), banyak perkara yang kami alami bersama. Tapi dalam masa yang sama, nda sabar mau pulang rumah hahaha.
Dulu, masa kami di
tingkatan satu ... *tengok atas, muncul kepulan awan, flashback* ... kami hidup berpuak-puak. Kumpulan
sana sini. Geng sana sini. Dipendekkan cerita, kami sekelas pun mula bersatu
hati sedikit tahun ni. Kerjasama tu muncul secara tiba-tiba. Dari manakah
munculnya kerjasama tersebut? Aku pun nda tau. Lupa sudah. Maklumlah umur
makin meningkat.
" uhuk uhuk " , aku terbatuk paksa.
Sejak naik form 3 ni, kami belajar maksud
persahabatan (ye keee wahai
kawan-kawanku? Haha :p) Hias
kelas sama-sama, bergurau sama-sama, senang sama-sama, sedih sendiri-sendiri. Eh?
Dan banyak lagilah yang kami buat sama-sama. Sehati sejiwa gitu haha. Sampai ponteng kelas pun ramai-ramai astaghfirullah. Dan pada ketika itu, baru aku perasan betapa nakalnya kami.
Tapi tahun
ni mungkin last sudah kami bekerjasama. Maybe tahun depan kami semua nda dapat
sudah berjumpa dan berkumpul macam tahun ni. Kalau dapat pun, hanya sebilangan
ja. Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kan? :') Walaupun
kebanyakannya kami satu kampung, tetap sedih sebab satu kampung tidak sama
dengan satu kelas.
Anyway I'm
really happy to have friends like them walaupun kadang-kadang sel-sel otak dorang tidak berhubung dan perangai menjadi-jadi hahaha. Tapi perangai dorang tu
lah juga yang jadi penghibur dan buat aku ketawa. Kadang-kadang aku adalah juga
rasa bersalah dan kesian dengan dorang sebab kalau dorang cakap dengan aku
macam cakap dengan kayu hahaha. (Sorry
sangat. Aku bukannya apa, cuma nda tau mau bagi respond apa) Tapi yang bestnya, walaupun aku selalu
buat begitu, dorang tetap layan aku macam kawan. Kerana apa? Kerana merekalah
kawan sekelas aku. Sahabat aku. Keluarga kedua aku yang ada di sekolah. They
are my best classmates since I entered high school :D Terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menemukan aku dengan mereka :) Alhamdulillah.
Pesan buat kawan-kawan sekelasku
Thank you so much for being my
friend and sorry for everything what I have done. Halalkan makanan, minuman dan apa ja yang kamu pernah bagi aku ya heheh. Kalau kita nda sekelas
lagi pada masa akan datang, jangan lupa aku! Manalah tau kan, ada
yang pindah kelas atau sekolah tahun depan. Jangan risau. Siapa yg baik dengan aku tu, confirm aku ingat. Yg jahat tu, hmm. Eceh nda ba, rilek kamu haha. In shaa Allah, aku akan cuba kekalkan kamu semua dalam ingatanku :)
P/s : Terharulah!
Haa! Yang pindah tu nanti bagus-bagus perangai di tempat baru. Jangan luan nakal eh. Tiada nanti orang mau kawan haha. 10 tahun akan datang, kalau panjang umur, In shaa Allah, kita buat
reunion ya. So bye-bye haha. Apapun, walau di mana kamu berada pada masa akan datang, selamat
maju jaya. Bak kata cikgu Zulaikha " Fighting! " Semoga kita semua
cemerlang dunia dan akhirat, aamiin :) Put your best foot forward! Sincerely,
your friend :) #3Intelek2015
Di sini aku selitkan beberapa gambar semasa aktivi lepas PT3
Apa benda lah aku buat tu haha
Ni gambar kelmarin. Kesana kemari dalam keadaan yang dorang kata ' bersalji ' semata-mata untuk ambil gambar kelas haha. Tapi sayangnya, nda lengkap
" 1, 2 .. Lompat! " #Failedjump hahaha . Ndapa, usaha tangga kejayaan
Acara penutupan minggu selepas PT3 : Jamuan kelas
" Yessss makannnnn! "
Gambar masa hari guru. Tetiba tersesat ke sini
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)