Bismillahirrahmanirrahim ...
Hai! Apa
khabar semua? Harap semua sihat ya :) Perghh dah lama tak jenguk blog ni. Sepi
ja. Takda idea nak taip apa huhu. Tapi harini, aku ada cerita hihi.
Ceritanya
bermula macam ni... Pada 19 hingga 21 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat
hingga Ahad, satu Kem Kepimpinan Pengawas Dan PRS (PRESS) telah diadakan di
sekolah kami.
Dah lama aku
tak ikut kem. Last kem aku ikut masa umur 12 tahun, lepas UPSR. So agak teruja
juga lah bila dapat ikut kem ni haha. Masa pertama kali aku tau sekolah nak
adakan kem ni, aku rasa ' wow bestnya! ' lagi-lagi bila cikgu cakap pelajar UMS
yang akan handle kem ni. Aisehmen terus rasa nak ikut xD Tapi sayangnya kem ni
hanya untuk pengawas & PRS sahaja. Aku pula hanya pelajar biasa. Suatu
hari, kawan aku, Leeza bagitau kat aku bahawa dia dan Dhirah dah daftarkan nama
aku dan kawan aku lagi sorang, Ain Izzatul. Siap bayarkan yuran lagi. Aku pun rasa '
whattttttt?!! ' Biar betul dorang ni haha. Sebenarnya, kem ni memang untuk
pengawas dan PRS ja, tapi oleh kerana tak berapa ramai pengawas dan PRS yang
ikut, aku dan kawan-kawan yang pelajar biasa ni pun dapat ikut sekali lah heheh
xD
Suddenly
lepas Leeza bagitau aku, entah kenapa rasa berat hati pula nak ikut. Rasa macam
tak sedap hati. Seperti ada something gitu huhu. Tapi bila tanya mama, and mama
izinkan, wuish. Excited nya bukan main. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang
majoriti girls dalam kelas aku, ikut kem ni. Makin bertambah excitednya haha.
Apa yang aku
dapat dari kem ni ialah pengalaman baru, erti kerjasama, amanah, ketepatan
masa, berdisiplin, hormat orang lain, kawan baru yang dulunya langsung tak
pernah bertegur dan banyak lagi. Syukur alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana dengan izin-Nya, kem ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih
kepada cikgu yang membenarkan kami khusunya pelajar biasa untuk sertai kem ni.
Terima kasih kepada family sebab izinkan aku. Terima kasih kepada kakak-kakak
dan abang-abang facilitator dari Kembara Siswa Borneo Siri 4 (UMSKAL) yang
telah menjaga serta bersabar dengan perangai kami. Maaf atas semua kesalahan kami. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang
menjayakan kem ini :) Semoga bertemu lagi! In shaa Allah :) Sayonara!
Hee :D
Team Hawk Eye. Unexpectedly, kami menang beb! 😂 MashaAllah, Alhamdulillah. Padahal group kami antara yang paling lambat habiskan misi 😂 Cuba teka aku yang mana satu?
Batu amanah team Hawk Eye hehe
Baiklah
sampai disini sahaja huhu. Byee!
Assalamualaikum :)