Tuesday, 23 August 2016

KEM PRESS 2016



Bismillahirrahmanirrahim ...


Hai! Apa khabar semua? Harap semua sihat ya :) Perghh dah lama tak jenguk blog ni. Sepi ja. Takda idea nak taip apa huhu. Tapi harini, aku ada cerita hihi.


Ceritanya bermula macam ni... Pada 19 hingga 21 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat hingga Ahad, satu Kem Kepimpinan Pengawas Dan PRS (PRESS) telah diadakan di sekolah kami. 


Dah lama aku tak ikut kem. Last kem aku ikut masa umur 12 tahun, lepas UPSR. So agak teruja juga lah bila dapat ikut kem ni haha. Masa pertama kali aku tau sekolah nak adakan kem ni, aku rasa ' wow bestnya! ' lagi-lagi bila cikgu cakap pelajar UMS yang akan handle kem ni. Aisehmen terus rasa nak ikut xD Tapi sayangnya kem ni hanya untuk pengawas & PRS sahaja. Aku pula hanya pelajar biasa. Suatu hari, kawan aku, Leeza bagitau kat aku bahawa dia dan Dhirah dah daftarkan nama aku dan kawan aku lagi sorang, Ain Izzatul. Siap bayarkan yuran lagi. Aku pun rasa ' whattttttt?!! ' Biar betul dorang ni haha. Sebenarnya, kem ni memang untuk pengawas dan PRS ja, tapi oleh kerana tak berapa ramai pengawas dan PRS yang ikut, aku dan kawan-kawan yang pelajar biasa ni pun dapat ikut sekali lah heheh xD


Suddenly lepas Leeza bagitau aku, entah kenapa rasa berat hati pula nak ikut. Rasa macam tak sedap hati. Seperti ada something gitu huhu. Tapi bila tanya mama, and mama izinkan, wuish. Excited nya bukan main. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang majoriti girls dalam kelas aku, ikut kem ni. Makin bertambah excitednya haha.


Apa yang aku dapat dari kem ni ialah pengalaman baru, erti kerjasama, amanah, ketepatan masa, berdisiplin, hormat orang lain, kawan baru yang dulunya langsung tak pernah bertegur dan banyak lagi. Syukur alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, kem ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada cikgu yang membenarkan kami khusunya pelajar biasa untuk sertai kem ni. Terima kasih kepada family sebab izinkan aku. Terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang facilitator dari Kembara Siswa Borneo Siri 4 (UMSKAL) yang telah menjaga serta bersabar dengan perangai kami. Maaf atas semua kesalahan kami. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang menjayakan kem ini :) Semoga bertemu lagi! In shaa Allah :) Sayonara!




Hee :D


Team Hawk Eye. Unexpectedly, kami menang beb! 😂 MashaAllah, Alhamdulillah. Padahal group kami antara yang paling lambat habiskan misi 😂 Cuba teka aku yang mana satu?


Batu amanah team Hawk Eye hehe 






Baiklah sampai disini sahaja huhu. Byee! Assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates