Tuesday, 13 September 2016

SSBTG DAY



Bismillahirrahmanirrahim ... 


Hai semua! Kita bertemu lagi! haha :D


Baiklah, dalam post kali ini, aku nak cerita pasal SSBTG Day haritu. Saja nak throwback kenangan hehe.


SSBTG ni sebenarnya nama kumpulan. Kira nama geng gitu haha. Biasalah budak-budak sekolah, mesti ada geng-geng bestfriend. Aku sure korang pun mesti pernah ada group juga kan? Hehe.


Tu masa aku sekolah menengah. Masa sekolah rendah dulu pun ada geng juga. Geng Lollipop. Haha kecil-kecil dah ada geng weh. Ni kalau tak silap sebab terpengaruh dengan cerita Geng Bas Sekolah lah ni haha.


Okay back to SSBTG. SSBTG ni dianggotai oleh 7 orang hamba Allah, yang bersahabat baik. FAAAANS. Fariha, Ain Ummi, Ain Izzatul, Ain Az, Arisyah, Nazihah dan Shernalen. Banyak kan nama Ain? xD


Dipendekkan cerita, pada 5 September yang lepas, kami sambut anniversary ke-2 untuk kumpulan ni. Ececeh haha. Kami order kek. Vanilla yam chocolate rice cake. Entahlah aku tak ingat apa nama kek tu xD Aku tak pernah terfikir pun nak sambut anniversary sampai order-order kek ni. Ni semua cadangan kawan-kawan aku haha. Apapun, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Ummi's mom sebab sudi sponsor kek. Syukran hehe.


Bila tengok hiasan kek tu wahh! Cantik dengan tulisan yang berwarna biru muda. Tapi yang tak boleh blah, bila kat atas kek tu, tertulis perkataan ' Seram2 ' xD Aku tertanya-tanya apa perasaan orang yang membuat kek masa tulis perkataan tu haha.



Taraaaa! Our cake. Aku bawa balik rumah hahaha



Mak aih. Kek ke ni? xD Maaflah sebab aku bawa kek ni ke rumah naik basikal. So terdapat sedikit gegaran ya sampailah jadi macam ni haha



Anyway, tak sangka dah 2 tahun 'umur' kumpulan ni. Maksudnya, dah 2 tahun juga la aku bersama mereka (Lebih 2 tahun sebenarnya sebab aku dah bersama dengan dorang sebelum kumpulan ini ditubuhkan lagi haha) Tapi tak sangka kan, cepat masa berlalu :') Aku harap korang (member SSBTG) takkan lupakan persahabatan kita sampai bila-bila kecuali atas kehendak Allah SWT. 


Malu nak cakap dengan korang depan-depan so aku luahkan kat sini ja lah. Terima kasih weh. Terima kasih jadi kawan aku. Walaupun kadang-kadang aku terkecil hati, tapi korang pandai pujuk aku, pandai buat aku terharu, tersenyum walaupun korang tak sedar semua tu :') Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat aku yang lain, yang bukan member group ni. Korang yang lain pun sahabat aku juga. Aku doakan semoga kita semua berjaya dunia & akhirat :) Aamiin.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


Baiklah itu sahaja :) Byee! Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Bismillahirrahmanirrahim ...


Hai sahabat-sahabatku! Selamat petang! Hihi. Apa khabar semua? :D Semoga semuanya sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.


Emm, dah terlambat eh? Biarlah, aku tetap nak ucapkan juga.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 


Yeayy hihi :D


Maafkanlah saudarimu yang tidak pernah lepas dari dosa ini. Mohon halalkan segala yang pernah diberikan. Terima kasih :)


Kita kosong-kosong ya? :D


Itu ja lah xD


Nanti kita jumpa kat post yang lain :) 


Byee! Tata titi tutu! Assalamualaikum
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates