Bismillahirrahmanirrahim
...
Hai semua!
Kita bertemu lagi! haha :D
Baiklah,
dalam post kali ini, aku nak cerita pasal SSBTG Day haritu. Saja nak throwback
kenangan hehe.
SSBTG ni
sebenarnya nama kumpulan. Kira nama geng gitu haha. Biasalah budak-budak
sekolah, mesti ada geng-geng bestfriend. Aku sure korang pun mesti pernah ada
group juga kan? Hehe.
Tu masa aku
sekolah menengah. Masa sekolah rendah dulu pun ada geng juga. Geng Lollipop.
Haha kecil-kecil dah ada geng weh. Ni kalau tak silap sebab terpengaruh dengan
cerita Geng Bas Sekolah lah ni haha.
Okay back to
SSBTG. SSBTG ni dianggotai oleh 7 orang hamba Allah, yang bersahabat baik.
FAAAANS. Fariha, Ain Ummi, Ain Izzatul, Ain Az, Arisyah, Nazihah dan Shernalen.
Banyak kan nama Ain? xD
Dipendekkan
cerita, pada 5 September yang lepas, kami sambut anniversary ke-2 untuk
kumpulan ni. Ececeh haha. Kami order kek. Vanilla yam chocolate rice cake.
Entahlah aku tak ingat apa nama kek tu xD Aku tak pernah terfikir pun nak
sambut anniversary sampai order-order kek ni. Ni semua cadangan kawan-kawan aku
haha. Apapun, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Ummi's mom sebab sudi
sponsor kek. Syukran hehe.
Bila tengok
hiasan kek tu wahh! Cantik dengan tulisan yang berwarna biru muda. Tapi yang
tak boleh blah, bila kat atas kek tu, tertulis perkataan ' Seram2 ' xD Aku
tertanya-tanya apa perasaan orang yang membuat kek masa tulis perkataan tu
haha.
Taraaaa! Our cake. Aku bawa balik rumah hahaha
Mak aih. Kek ke ni? xD Maaflah sebab aku bawa kek ni ke rumah naik basikal. So terdapat sedikit gegaran ya sampailah jadi macam ni haha
Anyway, tak sangka dah 2 tahun 'umur' kumpulan ni. Maksudnya, dah 2 tahun juga la aku bersama mereka (Lebih 2 tahun sebenarnya sebab aku dah bersama dengan dorang sebelum kumpulan ini ditubuhkan lagi haha) Tapi tak sangka kan, cepat masa berlalu :') Aku harap korang (member SSBTG) takkan lupakan persahabatan kita sampai bila-bila kecuali atas kehendak Allah SWT.
Malu nak cakap dengan korang depan-depan so aku luahkan kat sini ja lah. Terima kasih weh. Terima kasih jadi kawan aku. Walaupun kadang-kadang aku terkecil hati, tapi korang pandai pujuk aku, pandai buat aku terharu, tersenyum walaupun korang tak sedar semua tu :') Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat aku yang lain, yang bukan member group ni. Korang yang lain pun sahabat aku juga. Aku doakan semoga kita semua berjaya dunia & akhirat :) Aamiin.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Baiklah itu sahaja :) Byee! Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)