Sunday, 19 February 2017

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2017 - DAY 1



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai semua! I'm back!  Hehe. Apa khabar? Maaflah sejak kebelakangan ni sibuk sikit ( Ceh sibuk lah sangat  )


Baiklah, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu sukan tahunan sekolah. Minggu ni sekolah kami  telah mengadakan hari sukan yang bermula pada hari Selasa ( 14 Feb 2017 ) dan telah berakhir pada hari Khamis ( 16 Feb 2017 ) .


Sukan? Sama ja macam dulu. Ada acara padang, acara balapan dan kawad kaki. Aku? Pun sama macam dulu  takda ikut apa-apa acara. Bukan aku tak mau ikut, tapi tu lah. Tiada keyakinan dalam diri ini, aiseh haha. Pernah jugalah aku ikut acara dalam sukan tahunan sekolah ni sekali, iaitu kawad kaki. Itu pun masa aku form 1 atau form 2 haha. Tapi bila tengok team kawad haritu buat aku rindu dengan kenangan aku berpanas-panas di tengah padang dulu heheh.


Yang menjadi perbezaan hanya peserta dan suasana masa hari sukan. Oh ya, nama rumah sukan pun dah bertukar tapi warnanya masih samalah macam dulu :

Beta - Temenggung ( Hijau ) My sport house 
Delta - Bendahara ( Kuning )
Alfa - Syahbandar ( Biru )
Sigma - Laksamana ( Merah )


Ok cerita masa first day hari sukan tu, kami sekelas dah lama plan mau pakai baju kelas dan akhirnya tercapai juga yeah haha. Tapi masa hari pertama tu, kami ja yang pakai baju kelas. Orang lain semua pakai baju sukan sekolah. Agak memalukan juga lah sebab rasa lain daripada yang lain kan haha. Lagilah aku. Masa aku on the way pergi sekolah dengan menaiki basikal, ada satu van ni lalu. Orang dalam van tu satu sekolah dengan aku juga. Orang tu pandang-pandang aku  Malulah aku dibuatnya haha. Bila aku pandang balik, terus dia senyum. Aku pun senyum ja lah. 


Sampai ja sekolah, sudah perhimpunan mini. Biasalah aku. Asyik muka aku ja yang datang lambat  Tapi, alhamdulillah, untuk tahun ni baru sekali namaku dicatat dalam rekod ' pelajar lambat datang ke sekolah ' . Jadinya, kira awal juga lah aku datang. Cuma tak berbaris awal ja haha. Aku pun tak tau lah apa masalah aku sampai datang lewat ni huhu. Kamu jangan jadi macam aku ya! Ingat, jaga disiplin, jaga masa!


Lepas habis perhimpunan mini, kami satu sekolah pun diarahkan ke padang. Setelah selesai sesi ta'aruf dengan peraturan-peraturan semasa hari sukan, kami diarahkan pula untuk pergi ke kemah rumah sukan masing-masing yang telah disediakan.


Pendekkan cerita, masa first day tu boleh lah ada suasana semangat kesukanan sikit. Tapi tak macam dulu. Dulu laaaaaaaaaagi semangat haha. Pagi tu, kami luangkan masa dengan duduk bercerita kat kemah. Tiba-tiba cikgu datang.

Cikgu : *puji baju kelas
Classmate : Mestilah cikgu
Cikgu : Kalau di Papar, macam Majlis Daerah baju kamu ni
Classmate : *menafikan/ketawa

Aku hanya mampu ketawa ja sebab abang aku pun cakap perkara yang sama 


Lepas duduk di kemah, kami kehulu-hilir di sekitar padang untuk tengok acara seperti lompat tinggi, lontar peluru, lumba lari dan merejam lembing. Begitulah kami seharian. 'Menyeronokkan' bukan?  

Masa acara merejam lembing tu best sikit. Mula-mula niat pergi ke kawasan merejam lembing tu, nak menumpang teduh di kemah ja, tapi ustaz suruh catat dan ukur jarak lembing lah pula. Makanya, kami yang kebosanan itu pun melakukannya dengan sukarela, ceh haha. Tapi best. Banyak perkara yang menggelikan hati berlaku haha.


Pendekkan cerita lagi, masa pulang kami adakan jamuan kecil-kecilan. Masa tu, aku paling suka makan karipap sardin muahaha! Makanan yang lain pun sedap-sedap belaka juga. Air pun sama. Terima kasih semua kepada yang menyumbang makanan dan minuman  


Tamatlah kisah hari sukan yang pertama. Itu ja lah. Seems boring right?  Maaflah huhu. Alright, time to go! Nanti in shaa Allah, aku cerita pasal hari seterusnya ya. Gambar nanti upload, kalau ada masa hehe. Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi! Byee! Assalamualaikum 


p/s : Maafkan diriku jika ada perkataan/ayat yang membuatkan anda tidak senang. Assif jiddan!  
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates