Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita
peluang untuk bernafas. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
Hai semua! I'm back!
Hehe. Apa khabar? Maaflah sejak
kebelakangan ni sibuk sikit ( Ceh sibuk lah sangat
)


Baiklah,
berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu sukan tahunan sekolah. Minggu ni
sekolah kami telah mengadakan hari sukan yang bermula pada hari Selasa (
14 Feb 2017 ) dan telah berakhir pada hari Khamis ( 16 Feb 2017 ) .
Sukan? Sama
ja macam dulu. Ada acara padang, acara balapan dan kawad kaki. Aku? Pun sama
macam dulu
takda ikut apa-apa acara. Bukan aku tak
mau ikut, tapi tu lah. Tiada keyakinan dalam diri ini, aiseh haha. Pernah
jugalah aku ikut acara dalam sukan tahunan sekolah ni sekali, iaitu kawad kaki.
Itu pun masa aku form 1 atau form 2 haha. Tapi bila tengok team kawad haritu
buat aku rindu dengan kenangan aku berpanas-panas di tengah padang dulu heheh.

Yang menjadi
perbezaan hanya peserta dan suasana masa hari sukan. Oh ya, nama rumah sukan
pun dah bertukar tapi warnanya masih samalah macam dulu :
Beta - Temenggung
( Hijau ) My sport house 



Delta -
Bendahara ( Kuning )
Alfa -
Syahbandar ( Biru )
Sigma -
Laksamana ( Merah )
Ok cerita
masa first day hari sukan tu, kami sekelas dah lama plan mau pakai baju kelas
dan akhirnya tercapai juga yeah haha. Tapi masa hari pertama tu, kami ja yang
pakai baju kelas. Orang lain semua pakai baju sukan sekolah. Agak memalukan
juga lah sebab rasa lain daripada yang lain kan haha. Lagilah aku. Masa aku on
the way pergi sekolah dengan menaiki basikal, ada satu van ni lalu. Orang dalam
van tu satu sekolah dengan aku juga. Orang tu pandang-pandang aku
Malulah aku dibuatnya haha. Bila aku
pandang balik, terus dia senyum. Aku pun senyum ja lah.

Sampai ja
sekolah, sudah perhimpunan mini. Biasalah aku. Asyik
muka aku ja yang datang lambat
Tapi, alhamdulillah, untuk tahun ni
baru sekali namaku dicatat dalam rekod ' pelajar lambat datang ke sekolah ' .
Jadinya, kira awal juga lah aku datang. Cuma tak berbaris awal ja haha. Aku pun
tak tau lah apa masalah aku sampai datang lewat ni huhu. Kamu jangan jadi macam aku ya! Ingat, jaga disiplin, jaga masa!

Lepas habis
perhimpunan mini, kami satu sekolah pun diarahkan ke padang. Setelah selesai
sesi ta'aruf dengan peraturan-peraturan semasa hari sukan, kami diarahkan pula
untuk pergi ke kemah rumah sukan masing-masing yang telah disediakan.
Pendekkan
cerita, masa first day tu boleh lah ada suasana semangat kesukanan sikit. Tapi
tak macam dulu. Dulu laaaaaaaaaagi semangat haha. Pagi tu, kami luangkan masa
dengan duduk bercerita kat kemah. Tiba-tiba cikgu datang.
Cikgu :
*puji baju kelas
Classmate :
Mestilah cikgu
Cikgu :
Kalau di Papar, macam Majlis Daerah baju kamu ni
Classmate :
*menafikan/ketawa
Aku hanya
mampu ketawa ja sebab abang aku pun cakap perkara yang sama 

Lepas duduk
di kemah, kami kehulu-hilir di sekitar padang untuk tengok acara seperti lompat
tinggi, lontar peluru, lumba lari dan merejam lembing. Begitulah kami seharian.
'Menyeronokkan' bukan?

Masa acara
merejam lembing tu best sikit. Mula-mula niat pergi ke kawasan merejam lembing
tu, nak menumpang teduh di kemah ja, tapi ustaz suruh catat dan ukur jarak
lembing lah pula. Makanya, kami yang kebosanan itu pun melakukannya dengan
sukarela, ceh haha. Tapi best. Banyak perkara yang menggelikan hati berlaku
haha.
Pendekkan
cerita lagi, masa pulang kami adakan jamuan kecil-kecilan. Masa tu, aku paling
suka makan karipap sardin muahaha! Makanan yang lain pun sedap-sedap belaka
juga. Air pun sama. Terima kasih semua kepada yang menyumbang makanan dan
minuman

Tamatlah
kisah hari sukan yang pertama. Itu ja lah.
Seems boring right?
Maaflah huhu. Alright, time to go! Nanti in shaa Allah, aku cerita pasal hari seterusnya ya. Gambar nanti upload, kalau ada masa hehe. Terima kasih daun keladi,
ada masa jumpa lagi! Byee! Assalamualaikum 


p/s :
Maafkan diriku jika ada perkataan/ayat yang membuatkan anda tidak senang. Assif
jiddan!



0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)