Saturday, 31 October 2015

LAST DAY OF SCHOOL 2015


Kelmarin merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2015. Now, it's holiday time! Muahaha *gelak jahat*


Agak berat hati mau tinggalkan kawan-kawan seperjuangan kelmarin. Mungkin kerana dalam 3 tahun tu (form 1 - form 3), banyak perkara yang kami alami bersama. Tapi dalam masa yang sama, nda sabar mau pulang rumah hahaha.


Dulu, masa kami di tingkatan satu ... *tengok atas, muncul kepulan awan, flashback* ... kami hidup berpuak-puak. Kumpulan sana sini. Geng sana sini. Dipendekkan cerita, kami sekelas pun mula bersatu hati sedikit tahun ni. Kerjasama tu muncul secara tiba-tiba. Dari manakah munculnya kerjasama tersebut? Aku pun nda tau. Lupa sudah. Maklumlah umur makin meningkat.


" uhuk uhuk " , aku terbatuk paksa. 


Sejak naik form 3 ni, kami belajar maksud persahabatan (ye keee wahai kawan-kawanku? Haha :p) Hias kelas sama-sama, bergurau sama-sama, senang sama-sama, sedih sendiri-sendiri. Eh? 


Dan banyak lagilah yang kami buat sama-sama. Sehati sejiwa gitu haha. Sampai ponteng kelas pun ramai-ramai astaghfirullah. Dan pada ketika itu, baru aku perasan betapa nakalnya kami.


Tapi tahun ni mungkin last sudah kami bekerjasama. Maybe tahun depan kami semua nda dapat sudah berjumpa dan berkumpul macam tahun ni. Kalau dapat pun, hanya sebilangan ja. Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kan? :') Walaupun kebanyakannya kami satu kampung, tetap sedih sebab satu kampung tidak sama dengan satu kelas.


Anyway I'm really happy to have friends like them walaupun kadang-kadang sel-sel otak dorang tidak berhubung dan perangai menjadi-jadi hahaha. Tapi perangai dorang tu lah juga yang jadi penghibur dan buat aku ketawa. Kadang-kadang aku adalah juga rasa bersalah dan kesian dengan dorang sebab kalau dorang cakap dengan aku macam cakap dengan kayu hahaha. (Sorry sangat. Aku bukannya apa, cuma nda tau mau bagi respond apa) Tapi yang bestnya, walaupun aku selalu buat begitu, dorang tetap layan aku macam kawan. Kerana apa? Kerana merekalah kawan sekelas aku. Sahabat aku. Keluarga kedua aku yang ada di sekolah. They are my best classmates since I entered high school :D Terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menemukan aku dengan mereka :) Alhamdulillah.



Pesan buat kawan-kawan sekelasku

Thank you so much for being my friend and sorry for everything what I have done. Halalkan makanan, minuman dan apa ja yang kamu pernah bagi aku ya heheh. Kalau kita nda sekelas lagi pada masa akan datang, jangan lupa aku! Manalah tau kan, ada yang pindah kelas atau sekolah tahun depan. Jangan risau. Siapa yg baik dengan aku tu, confirm aku ingat. Yg jahat tu, hmm. Eceh nda ba, rilek kamu haha. In shaa Allah, aku akan cuba kekalkan kamu semua dalam ingatanku :) 
P/s : Terharulah! 

Haa! Yang pindah tu nanti bagus-bagus perangai di tempat baru. Jangan luan nakal eh. Tiada nanti orang mau kawan haha. 10 tahun akan datang, kalau panjang umur, In shaa Allah, kita buat reunion ya. So bye-bye haha. Apapun, walau di mana kamu berada pada masa akan datang, selamat maju jaya. Bak kata cikgu Zulaikha " Fighting! " Semoga kita semua cemerlang dunia dan akhirat, aamiin :) Put your best foot forward! Sincerely, your friend :) #3Intelek2015


Di sini aku selitkan beberapa gambar semasa aktivi lepas PT3


Apa benda lah aku buat tu haha





Ni gambar kelmarin. Kesana kemari dalam keadaan yang dorang kata ' bersalji ' semata-mata untuk ambil gambar kelas haha. Tapi sayangnya, nda lengkap 





" 1, 2 .. Lompat! " #Failedjump hahaha . Ndapa, usaha tangga kejayaan 





Acara penutupan minggu selepas PT3 : Jamuan kelas 





 " Yessss makannnnn! "





Gambar masa hari guru. Tetiba tersesat ke sini




Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

Thursday, 15 October 2015

FREEDOM ? HAHA


Alhamdulillah, Pentaksiran Tingkatan 3 bagi sesi 2015 telahpun berakhir :) Dan kini aku kembali! Muahaha


Dulu sebelum PT3, aku selalu terfikir. Nanti lepas exam mau buat itu, mau buat ini. Tapi malam ni, ting tong ~ Nda tau mau buat apa. Tiba-tiba pula malam ni rasa agak sedikit bosan, rindu buku agaknya :p Ceh.


Terfikir juga tadi, malam ni mau tengok tv sampai lewat malam dan esok bangun lambat. Then tiba-tiba teringat. Eh, esok sekolah pula. Ada lagi ujian psikologi. Awal-awal lagi kami kena warning oleh cikgu. Kebiasaannya, orang lepas exam ni terus ambil cuti. Mungkin, tu sebabnya kenapa cikgu warning kami awal-awal haha.


Semalam, sebelum tibanya harini, punyalah excited fikir tentang habis exam. Terus terbayang-bayang di kepala, suasana yang akan terjadi. Terbayang classmates tiba-tiba menari. Then feeling sampai menangis-nangis bagai macam dalam drama TV3. Terbayang kelas tiba-tiba jadi kelas muzikal pun ada. Macam-macamlah yang terbayang. Biasalah kalau berangan, macam-macam ada kan? Hehe.


Sekali tengok realitinya, hmm.  Tidak seperti yang dibayangkan huhu. Adalah juga semangat kemerdekaan muncul tadi. Tiba-tiba semangat patriotik ni haha. Terus tiba-tiba teringat 3 tahun yang lepas. Zaman - zaman UPSR huhu.


Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

Wednesday, 29 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Mungkin sudah terlambat untuk aku melafazkan kata-kata ini tapi aku tetap ingin meluahkannya jua. Sebenarnya ... 


Aku 

nak 

mengucapkan 

Selamat Hari Raya :)


Dengan ini, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon dan meminta maaf kepada semua pihak yang pernah tersakiti sama ada yang mengenali aku ataupun tidak atau yang aku kenali ataupun tidak. Maafkanlah daku atas kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan kepada anda. Itu sahaja dari aku, selamat hari raya! :)


p/s : Hati - hati walau dimana anda berada. Ingat! Jangan main mercun! 


Hek eleh diri sendiri pun gatal tangan mau main” 

“Hek eleh biarlah” 

*talking to myself*


Nota kaki : Kalau hendak hantar kuih raya atau duit raya, dipersilakan hehe


Sekian, terima kasih. Assalamualaikum J

Saturday, 2 May 2015

PROGRAM GO GREEN SMK BENONI


Today I'm gonna tell you a bit about the " Go Green Event " which is held on last Thursday in SMK Benoni. Sebelum tu, aku nak minta maaf kalau ayat english aku tunggang terbalik. Maklumlah, masih dalam proses pembelajaran. Saja mahu cuba. Bak kata pepatah " Practice Makes Perfect " Heheh ^^

Sebenarnya pada hari Khamis yang lepas, sekolah kami telah mengadakan Program Go Green. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir untuk merasmikan program tersebut :)

Sempena program tersebut, banyak pertandingan yang telah dibuat seperti pertandingan futsal, pertandingan memasak dan pertandingan gubahan bunga. Pameran juga turut diadakan pada hari itu. Tapi perkara yang paling aku suka adalah buih sabun daripada Gigantic Bubble Borneo ^^ Best bila main buih sabun tu dengan kawan-kawan walaupun agak sedikit kebudak-budakkan disitu, hahaha. This is what we called throwback zaman kanak-kanak.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

Wednesday, 14 January 2015

MY LITTLE RABBITS


Macam mana dengan sekolah? Ada dapat kawan baru? Harini merupakan hari ke-3 aku bersekolah sebagai student form 3. Best jugalah. Oh ya! Siapa di sini yang bakal menghadapi PT3 tahun ni? Sila angkat kaki! Apapun, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon PT3. We can do it, yeahhh! :D Begitu juga dengan calon-calon UPSR, SPM, STPM dan yang bakal mengambil peperiksaan, selamat berjayaa! :D Ingat, gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya.


By the way, masa first day sekolah tu .. My parents ada belikan arnab 😆









Nama mereka ialah Cakucai dan Cakuteow. Nama tu kakak aku yang bagi. Sebenarnya nama tu kami dapat dari MLM 2014. Minggu 4, masa ZERO perform. "Cakucai! Cakucai! Mana gajah aku?" "Ini Malaysia, jerit Cakuteow baru orang faham" Ha, dari situlah kami dapat idea. Nak tengok? Cek kat sini > MLM 2014 < 


Tapi aku tak sure lah macam mana nak eja Cakucai dan Cakuteow. Main taip-taip ja. Btw aku first time bela arnab jadi maaflah jika terserlah kesakaian disitu, heheh.


Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates