Sunday, 10 January 2016

MINGGU PERTAMA SEKOLAH


So, macam mana sekolah? Ada apa-apa perubahan? Bagi aku sekolah tahun ni agak sedikit mencabar. Tidak mudah juga untuk jadi upper form student ni kan. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Salah satunya, tangga. Tangga tu ... hmm, boleh kurus aku dibuatnya haha. Tingginya tidak lah setinggi bangunan macam dalam cerita Rapunzel tu, tapi serious lah memang akan rasa penat bila naik. Mungkin juga sebab jarang bersenam. Tu yang cepat penat.


Selain tangga tu, aku ada lah juga rasa sedikit bingung, keliru dan yang seangkatan dengannya. Aku keliru mahu pilih subjek apa. Bak kata lirik lagu;


" Aku keliru, aku keliru "


Ada satu malam tu, sampai menangis aku fikir benda ni. Perghhh! Feeling habis haha. Esoknya datang sekolah mata aku sudah jadi sepet bengkak. Kawan aku ingat aku tidur lambat haha. Tapi memang betul lah juga aku tidur lambat malam tu.


Seterusnya, cabaran yang aku hadapi tahun ni ialah jadual kelas dan homework yang padat dan banyak ... yes, homework. Cikgu rajin sangat bagi kami homework huhu. Tapi aku tau itu untuk kebaikan kami juga. Agar kami kurang malas, tidak lupa dan lebih faham dengan apa yang diajar. Lagi satu, bila sudah jadi upper form student ni, susah kalau tertinggal kelas atau tidak hadir. Terpaksa catch up balik pelajaran yang tertinggal tu. Kalau tidak, memang susah sikit mau faham pelajaran tu. Macam aku haritu, masa kelas sains, pandai-pandai ja pergi masuk kelas kimia haha sebab masa tu kelas kimia baru pengenalan. Mau lah tahu juga kan macam mana pelajaran kimia ni. Bila tidak jadi ambil kimia, ketinggalan pelajaran sains. Alhamdulillah, aku ada kawan-kawan yang sudi bantu untuk catch up balik. Terima kasih :)




Pulang lambat  +  penat   kerja rumah  =  Tidur haha



Tapi tidak mengapa, lama-kelamaan jadi biasalah tu :) Apapun cabaran dan ujian yang kita lalui dalam hidup ni, seberat mana pun dugaan yang kita hadapi, ingatlah ...



" Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "   ( Al-Baqarah: 286)







Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates