Monday, 21 March 2016

WELCOME BACK TO SCHOOL


Harini, hari pertama sekolah selepas bercuti seminggu. Tadi pagi, dengan berbekalkan buku mengikut jadual baru dan nasi goreng, aku pun pergilah ke sekolah menaiki basikal.


Keluar dari rumah ja, kelihatan asap sedang berenang-renang sambil terbang di udara. Wah ' menyihatkan ' sungguh ya udara pagi tadi. Nasib baik asap tu tidak tebal. Sebenarnya asap ni bukan waktu pagi ja muncul tapi petang pun ada. Malam juga ada loh huhu.


Perjalananku ke sekolah ditemani oleh asap yang merebak. Apabila sampai di simpang menuju ke sekolah, kelihatan asap tebal dari jauh. Perghh! Nak sambut kedatangan aku ke sekolah agaknya haha. Sampai bangunan sekolah pun aku tak nampak weh. Ngam lagi masa tu aku agak sedikit lambat untuk pergi ke sekolah. Dalam fikiran aku dah terfikir dah, kalau aku lambat ke sekolah dan cikgu tanya kenapa, aku nak jawab macam Hagemaru; " saya tak jumpa sekolah cikgu ".


Tapi betul lah. Asap punya main tebal sehingga membuatkan aku tak berapa nak nampak bangunan sekolah. Bila dah dekat baru nampak. Nasib baik lah tak ada perhimpunan huhu. Alhamdulillah. 


By the way kan, finally! Aku dah habis tengok Juvana. Muahaha. Pagi kelmarin juga aku tengok sampai habis. Dan hasil daripada itu, homework aku tak pandai siap-siap. Kalau perempuan bersiap berjam-jam, homework aku lagi lama nak siap. Berhari-hari baru nak siap. Tapi best. Yes, Drama ni memang dah lama main. 2011 tak silap. Dulu pun drama ni jadi favourite aku juga hehe.


Drama ni lain sikit. Drama ni tentang gaduh-gaduh, aksi segala. Oleh kerana aku ni jenis yang suka cerita-cerita  macam ni, secara automatik drama ni jadi best bagi aku haha. 


Dalam drama ni ada pelbagai watak. Antaranya Daim, Apek, Botak, Ayam, Kicap, Gaban, Panjang, Fit, Komeng, Kedah, Black, Gajah, Abe, cikgu Zakiah, warden Raja, cikgu Azmee, cikgu Ariffin dan banyak lagi lah. Watak favourite aku ialah Apek. Ada ja dialog Apek yang membuatkan aku ketawa tersengih-sengih hahaha. Selain itu, aku suka juga dengan watak Gaban dan Kicap. Dorang dua ni memang nakal lah dalam cerita ni tapi nampak macam budak-budak haha. Watak lain pun best juga. Jalan cerita .. overall best lah hehe.


Babak yang aku terharu, bila Apek patah balik untuk selamatkan Daim daripada Botak. Wuuu haha. Aku suka tengok persahabatan antara Apek dan Daim. Apek selalu tolong dan backup Daim bila Daim ada masalah. Itu masa dalam drama Juvana. Dalam filem Juvana pula, Daim yang patah balik untuk selamatkan Apek dari Lan Todak huhu.


Amboi, kalau review drama bukan main lagi heh. Sampai tu ja lah aku cerita. Nanti tak best pula. Tengok sendiri baru best. Kalau mahu tengok, di youtube ada. Nah aku selitkan gambar-gambar drama Juvana. 


P/s : Gambar ni bukan hak milik aku. Aku dapat dari google :)




Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates