Bismillahirrahmanirrahim
...
Hai semua.
Sekarang ni aku tengah mood exam. Mood raya haritu dah beransur hilang dan
pergi haha. Anyway, tinggal seminggu ja lagi nak exam. Next week, ada lapan
paper lagi. Lepastu ... apa lagi? Cutilah! Wuhuu! Haha
Tak sabarnya
nak cuti! Hehehe. Lepasni bolehlah cukupkan tidur. Sepanjang minggu exam ni
kan, aku rasa tidur aku tak cukup. Aku asyik tidur lewat ja ( akibat study last minute ish ish) . Kadang-kadang, adalah juga rasa
menyesal. Kenapalah tak study awal-awal. Tapi esoknya, aku tidur lewat juga
huhuhu entah bila lah nak bertaubat. Aku tau, tak bagus sebenarnya study
last minute ni. Tak bagus tidur lewat sebab kita perlukan rehat yang cukup.
Tapi .. hmm entah lah.
Exam next
week habis hari Khamis. Esoknya pula, Jumaat, cikgu kata ada sambutan hari guru
yeahh! Hihi. Kami ( aku & Sher ) berharap sangat ada senam robik
ramai-ramai nanti hahaha. Dah lama kot tak senam robik ramai-ramai macam tahun
lepas. Rinduuuu haha.
" Hek eleh nanti bila ada senam robik tak buat juga. Drama ja semua ni "
Opss hihi.
Haritu mama and bapa bercadang nak balik kampung kat KB. Yuhuu! Tak
sabarnyaaaa! Lama tak jalan-jalan balik kampung hehe. Ok lah. Tu ja lah buat
masa ni. Tak tau lah nak cerita apa lagi. Tunggu habis exam kot baru ada
cerita. Itupun kalau masih ada :)
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)