Saturday, 28 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016



Bismillahirrahmanirrahim ...


Hai semua. Pertama sekali, syukur alhamdulillah exam dah habis muahaha. Finally! Habis juga exam ye. Bahagia rasanya haha. Exam habis hari Khamis. Esoknya ( kelmarin ) , sekolah kami mengadakan sambutan hari guru. Tema hari guru tahun ni ialah ' Guru Pembina Negara Bangsa ' dengan pakaian yang bertemakan tradisional.


Pagi kelmarin tu, aku tak tahu lah kenapa tapi dengan izin Allah SWT, aku bangun tidur dengan sendiri. Bangga kot sebab bukan selalu. Biasanya mama yang tolong kejutkan hahaha. Lepas aku terbangun ja, terus kedengaran pintu bilik diketuk oleh mama. 


Pagi tu, bolehlah dikira awal aku bertolak ke sekolah ( tak lah awal sangat sebenarnya. Awal seminit dua minit gitu haha ). Dipendekkan cerita, aku pun sampailah ke sekolah. Kelmarin ada perhimpunan sebab exam dah habis kan. Seperti biasa, kami jalankan perhimpunan seperti mana kami lakukan pada hari yang lepas.


Lepas habis perhimpunan ja, aku dan kawan-kawan sekelas bawa barang-barang, makanan dan yang berkaitan untuk jamuan ke kelas. Kami nak bersihkan kelas dulu sebab cikgu dah warning awal-awal untuk bersihkan kelas. 


Setelah selesai urusan di kelas, kami sekelas pun pergi ke tempat jamuan yang telah ditetapkan untuk kelas kami, kat depan Dewan Intelek. Lepas atur tentang jamuan, kami pun pergi lah ke dewan makan asrama sebab acara perasmian kat dewan. Jamuan pula start lambat lagi. Masa tu masih awal pagi.


Kami sampai dewan lambat sikit so terpaksalah duduk kat bahagian belakang. Tapi nampak juga lah pentas kat depan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh ketua kelas kami (Bukqhari). Selesai membaca doa, pelajar form 6 / KPU berucap ( Amar ). Kemudian diikuti dengan ucapan pengetua Mozidah Hamzah. Lepas tu ikrar dan nyanyian oleh semua guru-guru yang diketuai oleh Sir Sazali.




Kek untuk hari guru









Kemudian, terdapat persembahan daripada pelajar-pelajar KPUB 1 dan 2. Dorang menari. Pusing sana pusing sini hahahaha sporting sungguh. Persembahan menyanyi pula, KPUB 1 nyanyi lagu Flashlight by Jessie J, KPUB 2 pula nyanyi lagu Kau Ilhamku by Man Bai. 


Selain tu, persembahan dari pelajar asrama pun ada. Dorang menari lagu Kurik Kundi. Seriously masa tengok tarian tu, terus ter flashback dekat kepala aku dimana kami sekelas menari Kurik Kundi ramai-ramai masa kelas Sivik tingkatan 2 dulu hahaha rinduuuuu. And persembahan yang terakhir dari pelajar ialah nyayian oleh Prisla. Maaf takda gambar atau video untuk kesemua persembahan huhu.


Dipendekkan lagi cerita, kami pun memulakan jamuan. Makan mee kari wuuu haha dan makanan yang lain. Dah lah. Dah jam berapa dah ni. Esok nak bangun awal lagi sebab nak pergi KB wuhuu! Haha.


Sebelum tu aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru! Thank you sebab sudi mengajar dan bersabar dengan kami, anak-anak didikmu yang banyak karenah ini haha. Happy teacher's day! 





Finally! Gambar kelas yang complete :) Semua ada hahaha. Macam tahun lepas, right? Gambar yang sama background nya, tetapi berbeza bilangan dan orangnya. Tapi gambar ni membuatkan aku rindu dengan moment-moment dahulu dengan classmates dan ex-classmates huhu.




Happy teacher's day from 4 Intelek 2016 :D Jap baru perasan, kenapa tiba2 aku di tengah2 tu?!! 😂 Selalunya di tepi2 hahaha




Credit : Para photographer :)


Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :) By the way tiada senam robik. Sodeh den hahaha.


Gerak lu, paper roger ~

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates