Bismillahirrahmanirrahim ...
Hai semua! Buat apa tu? Hehehe. Baru-baru ni aku tengok EXO's Showtime. Watching their moment together .. hmm rindunya EXO yang dulu. Rindu EXO OT12. Sedih juga takda Luhan huhu. Tapi apa boleh buat kan, perkara dah terjadi :) Ok dah-dah.
Korang, tak sangka kan. Cepat benar masa berlalu. Harini dah masuk
22 Ramadhan dan minggu depan, in shaa Allah, masuk bulan Syawal. Maksudnya
kalau takda halangan, minggu depan lah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
hehe :)
Cakap pasal raya ni, wah! Eksaited rasanya! Hehe bukannya apa,
tapi masa raya tu je lah boleh lengkap satu family. Ada kakak, abang semua.
Kalau tak masa raya, terpaksa lah tunggu depa cuti serentak. Rindu lah nak
gaduh dengan dorang hahaha.
Sebab lainnya pula, masa raya banyak makanan weh. My favourite
kuih is popia udang! Dari dulu kot aku suka popia. Haritu belek-belek folder
kat laptop, then terjumpalah gambar raya masa tahun 2009. Masatu ada gambar aku
tengah makan popia dengan bergaya lagi xD . Bila tengok gambar tu .. Ya Allah
Ya Tuhanku! Gambar aku ke tu? Hahaha. Posing bukan main lagi xD . Nak tengok?
Tak yah la ~ Haha.
Selain tu, aku suka juga dengan cornflakes berlada. I love it! Aku
ingat lagi masa tahun 2010 tak silap, aku dan kawan-kawan aku beraya sama-sama.
Lepastu kitorang singgah lah kat rumah kawan aku, Risyah namanya. Kat rumah
Risyah ada cornflakes berlada. Memandangkan kawan aku sorang lagi, Suhana, 'satu kepala'
dengan aku, apa lagi kitorang pun berabis lah makan cornflakes tu. Siap minta
tambah lagi dengan muka tak tahu malu hahaha xD . Ya Allah, malunya bila diingat balik. Tapi jadi
kenangan indah juga kan bila dah besar ni hahaha :p
Ok lah. Harini dah 22 Ramadhan kan. Maksudnya dah masuk 10 hari
terakhir Ramadhan. Maksudnya lagi? Hari-hari yang berpotensi untuk Malam
Lailatul Qadar! Oh yeah! :D
Malam Lailatul Qadar ni ialah malam yang lebih mulia daripada
seribu bulan. Malam Lailatul Qadar ni sangat spesial tau. Haa nak tau apa
spesial nya? Check this out! > Malam Lailatul Qadar <
Sumber : 1
Sumber : 2
Terima kasih para sumber :)
Itu sahaja. Byee! Assalamualaikum :)