Monday, 6 June 2016

RAMADHAN TIBA LAGI ! :D



Bismillahirrahmanirrahim ...


Hai semua! 


  Ramadhan tiba 

Ramadhan tiba 

Marhaban ya Ramadhan ♪



Hehe. Yeah! Ramadhan tiba lagi! Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Lepasni, bolehlah makan sedap-sedap kan? Eh haha :p


Syukur alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita bernafas sehingga ke saat ini. Allah SWT masih mengizinkan kita untuk merasai nikmat bulan Ramadhan tahun ini :D


Oleh itu, nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini! Happy fasting! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua :) Selamat hari raya! Oops! Belum lagi.. hehe. 


Bulan Ramadhan ni banyak kelebihan tau. Antaranya : 






Banyakkan? :D Rugilah kita kalau terlepas semua ni. So yang takda halangan atau keuzuran tu, tak mau ponteng-ponteng puasa ya. Nanti rugi :( 


Girls, aku faham :') Aku tahu apa impian korang setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Aku pun impikan perkara yang sama juga. Kepada siapa yang dapat capai impian tu nanti, tahniah :) Yang tak dapat, don't worry be happy, anda masih boleh raya hahaha. Takpa lah, mungkin ada hikmahnya :) 


Kesimpulannya, kita kena bersyukur atas semua nikmat dan rezeki yang Allah SWT beri kepada kita. Walaupun nikmat tersebut hanya sekecil zarah, bersyukurlah. Lagi satu, janganlah membazir kerana membazir amalan siapa? Haa, pandai :) Bukannya bulan Ramadhan je tau kita kena bersyukur, tapi sepanjang hidup kita. Ha'ah dear. Sepanjang hidup kita, baru hidup kita akan tenang, in shaa Allah :)


Anyway, kalau aku letak lagu raya kat songs playlist blog masa first week puasa ni, agak-agak ada tak yang bakal mengamuk? Kat twitter aku tengok sampai pijak roommate bagai sebab alarm sahur lagu raya hahaha. Kat kampung aku, bunyi mercun berdentum-dentum boleh dengar dah. Dorang excited kot. Hmm nasib baik aku takda mercun, kalau tak ... hehehehe *ketawa penuh makna*.


Okay lah bos. Aku gerak dulu. Nak makan. Harini mama masak nasi ayam. Nanti lari pula ayam tu, merajuk tak kena makan. 


Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.


p/s : Jangan lupa niat puasa! Hehe saja ingatkan, kot-kot lupa. Aku sendiri pun boleh lupa juga huhu.





Credit pictures : 



Thank you! :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates