Monday, 27 June 2016

22 RAMADHAN 1437



Bismillahirrahmanirrahim ...


Hai semua! Buat apa tu? Hehehe. Baru-baru ni aku tengok EXO's Showtime. Watching their moment together .. hmm rindunya EXO yang dulu. Rindu EXO OT12. Sedih juga takda Luhan huhu. Tapi apa boleh buat kan, perkara dah terjadi :) Ok dah-dah.


Korang, tak sangka kan. Cepat benar masa berlalu. Harini dah masuk 22 Ramadhan dan minggu depan, in shaa Allah, masuk bulan Syawal. Maksudnya kalau takda halangan, minggu depan lah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hehe :)


Cakap pasal raya ni, wah! Eksaited rasanya! Hehe bukannya apa, tapi masa raya tu je lah boleh lengkap satu family. Ada kakak, abang semua. Kalau tak masa raya, terpaksa lah tunggu depa cuti serentak. Rindu lah nak gaduh dengan dorang hahaha. 


Sebab lainnya pula, masa raya banyak makanan weh. My favourite kuih is popia udang! Dari dulu kot aku suka popia. Haritu belek-belek folder kat laptop, then terjumpalah gambar raya masa tahun 2009. Masatu ada gambar aku tengah makan popia dengan bergaya lagi xD . Bila tengok gambar tu .. Ya Allah Ya Tuhanku! Gambar aku ke tu? Hahaha. Posing bukan main lagi xD . Nak tengok? Tak yah la ~ Haha.


Selain tu, aku suka juga dengan cornflakes berlada. I love it! Aku ingat lagi masa tahun 2010 tak silap, aku dan kawan-kawan aku beraya sama-sama. Lepastu kitorang singgah lah kat rumah kawan aku, Risyah namanya. Kat rumah Risyah ada cornflakes berlada. Memandangkan kawan aku sorang lagi, Suhana, 'satu kepala' dengan aku, apa lagi kitorang pun berabis lah makan cornflakes tu. Siap minta tambah lagi dengan muka tak tahu malu hahaha xD . Ya Allah, malunya bila diingat balik. Tapi jadi kenangan indah juga kan bila dah besar ni hahaha :p


Ok lah. Harini dah 22 Ramadhan kan. Maksudnya dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Maksudnya lagi? Hari-hari yang berpotensi untuk Malam Lailatul Qadar! Oh yeah! :D


Malam Lailatul Qadar ni ialah malam yang lebih mulia daripada seribu bulan. Malam Lailatul Qadar ni sangat spesial tau. Haa nak tau apa spesial nya? Check this out! > Malam Lailatul Qadar <


Sumber : 1


Sumber : 2


Terima kasih para sumber :)

Itu sahaja. Byee! Assalamualaikum :) 

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates