Wednesday, 30 August 2017

AKU KEMBALI !



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai para sahabat! Hehe :D Setelah berabad lamanya menyepi, akhirnya gue kembali lagi muahaha. 


Rindu tak rindu tak? Ceh mengada haha. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang tak henti-henti menyokong aku hoho. Eh ada ke? 


*Ombak membedil pantai, burung berkicauan, kambing mengembek, perut berkeroncong* 


Okay nevermind.


Fuh, sekarang dah bulan Ogos. Rakan seperjuangan SPM ku, adakah anda sudah bersedia untuk buat ibu bapa dan orang sekeliling kita gembira (inshaaAllah) ? Dah bersedia nak tempuh soalan peperiksaan? Selamat berjuang ya ^_^ Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah :')


Cepat sangat masa berlalu kan? Tup tup minggu depan dah trial. Tup tup nanti kita dapat result SPM yang cemerlang gemilang terbilang! Wahh, siapa tahu kan hehe. Rahsia Allah.


Dekat-dekat mahu exam ni konfem ada yang stress punya kan? Maka-makanya jerawat pun mengambil kesempatan untuk datang berkunjung beramai-ramai. Tahulah dah nak raya aidiladha. Kot ye pun janganlah bawa satu geng. Aiyoo.

Kalau dah macam tu, nafsu makan apatah lagi huhu. Makin menjadi-jadi nampaknya. Subhan Allah.


Tapi point aku bukan tentang tu, hehe. Point aku tentang stress tu. Macam mana kita nak hadapi stress? Pertama sekali kita kena berusaha melawan stress tu dengan memikirkan sesuatu yang POSITIF. Dalam istilah Sains kata, 


" Think like a proton and stay positive "


Kenapa kena positif? Sebab kalau kita stay positive, automatik kita akan berasa tenang. Kalau kita dalam keadaan tenang, inshaa Allah kita akan mudah mengingat sesuatu. Haritu seorang penceramah (Hendri Hamsah) ada kongsi dengan kami bahawa orang yang tenang dapat recall ingatan sebanyak 70% . Makanya, banyakkan tersenyum daripada stress. Spread the smile!! :D


Seterusnya, baca Al-Fatihah sebelum memulakan apa-apa perkara. Solat of course jangan pernah bagi tinggal kerana solat ni kunci kejayaan. Bak kata seorang prof ni, solat 5 waktu konfem berjaya dunia & akhirat inshaa Allah :')


Baiklah itu sahaja. Keyboard laptop problem ah. Susah nak type panjang-panjang huhu. Byee, assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates