Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk
bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
Hai para sahabat sekalian! :) Apa khabar? Semoga kita semua sentiasa
berada di bawah lindungan Allah.
Haaa kan dah kata, sekejap ja masa berlalu huhu. Minggu depan dah nak SPM. Lepastu, habis sekolah menengah. Sekejap ja en? Aku tak sangka aku dah setua ini haha (tak lah tua sangat!) .
Bila aku habis sekolah menengah nanti, dah takda dah pelajar berbasikal yang selalu lambat datang sekolah. Alhamdulillah, kes disiplin pelajar yang datang lewat pun akan berkurangan juga, inshaa Allah. HAHAHA. Aku mesti akan rindu saat-saat tu nanti. Guru-guru pun pasti akan rindu punyalah! HAHA! Amboi perasannya aku. Gurau-gurau hehe.
Apapun, semoga berjaya calon-calon SPM 2017 ! Jangan pernah putus asa. Usaha, doa banyak-banyak, tawakal... Inshaa Allah, kita akan berjaya. Yakin pada Allah :) Good luck! Bittaufiq wannajah!
Sebenarnya nak cerita pasal tadi kat sekolah. Masa tu, ada kelas BI. Tiba-tiba 'the Ain(s)' bagi buku program ' KAMI 5 ' untuk ditandatangan. Maka bermulalah sesi autograf antara kami sekelas haha. Masing-masinglah keluarkan dan edarkan buku masing-masing untuk dapatkan autograf setiap orang dalam kelas. Terhibur jugak aku dibuatnya haha. Bayangkan sebab perkara ni, aku boleh tersengih-sengih seorang diri masa pulang dari sekolah tadi.
Mungkin lepas SPM tak berpeluang lagi nak buat macam ni :') Terima kasih semua rakan-rakan. Semoga persahabatan kita sentiasa diredai Allah SWT. Me love you all hahaha. Uhibbukum fillah!
Inilah hasilnya haha
Byee, Assalamualaikum! :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)