Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ) 💕
Hai semua assalamualaikum! Lama nda update blog kan huhu. Semua sihat? alhamdulillah aku sihat. Harap yang lain pun sihat-sihat belaka ya 🌼
So, this is my first entry for 2021! Wuhuuuu! 😀 1 Januari 2021. Seriously, aku betul-betul nda sangka tahun 2020 akan berlalu secepat ini. Rasa macam baru ja haritu umur 20 tahun, eh know-know harini unofficial 21 sudah hahah cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik sampai saat ini.
Apa cerita tahun 2020 kamu? Mesti banyak cerita kan. Harini aku just mau share pengalaman tahun lepas lah hehe. Kalau kamu ingat la March 2020 yang lalu, aku ada post satu entry bertajuk " SELEPAS TAMAT SEKOLAH : PART 2 ". Masa tu belum lagi bermulanya pandemic covid-19 di Malaysia. Masa tu aku masih dalam kampus lagi.
A few days after I updated the blog, kes covid-19 setiap hari makin naik di Malaysia. Setiap hari ada 100 lebih kes baru. Saaaaaampailah malam 17 March 2020 nda silap, PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan pertama di Malaysia yang akan berkuatkuasa pada 18 March 2020 iaitu keesokan harinya.
Kami masatu santai-santai tengah makan di anjung sambil tengok pengumuman di televisyen. Masa tu nda fikir sangat pun lagi. Then lepas makan kami stay dekat satu pondok ni berdekatan dengan court. Sambil tengok orang main bola keranjang, sambil tu cerita-cerita la macam mau balik kan. Kawan-kawan aku memang nda sedap hati sudah masa tu, tu yang mau balik tu.
Then tiba-tiba kami dapat tau yang universiti, sekolah-sekolah semua diarahkan untuk tutup. Haa masa tu kami apa lagi, dengan aku sekali terus fikir mau balik 😂 Kami pun terus balik kolej. Sampai ja di bilik, masing-masing struggle cari tiket bas, tiket flight, call parents untuk balik. Aku time tu cek tiket flight, mashaAllah, mahal geng. Tapi alhamdulillah nda sampai ribu la. Ada dalam RM300 lebih. Tapi tu still mahal lagi bagi aku huhu. Memang harga tiket malam tu makin lama makin meningkat. Lepastu dengan stressnya mau book tiket tapi nda dapat mungkin sebab website Air Asia tengah down, ramai orang tengah buka kali haha. Housemate aku lagi sorang pun macam tu juga. Mau book tiket bas tapi website loading. Last-last, kami book tiket pada hari lusa which is 19 March 2020.
Keesokan harinya, pada 18 March 2020 tu, separuh dari housemate aku dah balik, parents diorang ambil. Tinggallah kami 3 orang sebab tiket 19 March 2020 kan. So mau dijadikan cerita, ok ni lawak sikit bagi aku, petang 18 March 2020 tu ada kenyataan yang menyatakan siapa yang ingin merentas daerah, perlu minta kebenaran dan pengesahan dari balai polis.
Aku time tu tengah tidur sebab pening, sekali tiba-tiba ada missed call dari mama. Aku terkejutlah kan. Ingatkan tentang keputusan swab test, sebab bapa aku before that ada contact dengan orang yang positif covid-19 ni, so aku risau la kan. Masa tu memang berdebar habis lah. Lepas call ja mama balik, rupanya mama bagitau pasal kenyataan tu. Hahaha time tu aku terus macam lagi panic sebab ingatkan aku nda boleh balik 😂 Mau menangis juga lah aku time tu. Nasib baik ada sorang housemate aku ni yang tenangkan aku.
So dipendekkan cerita, malam tu kami 3 orang try hard la call teksi, grab yang sanggup hantar kami pergi balai polis untuk dapatkan kebenaran tu, tapi tiada satu pun yang available. Kami macam mau give up sudah time tu, nda tau mau buat apa kan. Then kami try call classmate kami, then tanya kalau boleh tumpang sesiapa kan. Alhamdulillah, Allah permudahkan, ada family classmate kami ni baik hati bagi kami tumpang ramai-ramai pergi balai polis. Terima kasih sangat-sangat.
Kami menunggu giliran di balai polis tu dalam 30 minit atau lebih? Nda ingat sangat sudah. Lepas selesai ja urusan minta tanda tangan apa semua, kami pun balik ke kolej semula dengan hati yang tenang, alhamdulillah. Jejak ja kaki kat bilik, salah seorang housemate aku dapat tau yang kenyataan tersebut ditarik balik sebab ramai orang serbu balai polis malam tu juga huhu 😅 Tapi macam geram juga la, lagi-lagi housemate aku sorang tu memang geram sungguh la bila dapat tau dah ditarik balik 😂 Tapi mau buat macam mana, benda dah jadi kan, mesti ada hikmahnya huhu.
Malam tu aku tidur awal sebab rasa penat sangat. Lagipun esoknya tu aku perlu bangun awal sebab mau gerak dari kampus tu dalam jam 7 nda silap. Lepas subuh lah gitu. So tidur lah awal.
Keesokan harinya...
Sambung nantilah ok haha. Aku sepatutnya tidur awal malam ni, azam baru gitu mau ada healthy lifestyle hahah. Tadi niat mau compile kertas kerja kejap. Sekalinya eh eh eh termelarat ke blog HAHAHA. So disinilah dulu aku stop. Ada masa InshaAllah sambung lagi nanti hehe. Lama nda menaip panjang-panjang begini (selain dari buat assignment).
Ok lah assalamualaikum! Terima kasih!
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)