Friday, 24 September 2021

2021 : MENGIMBAU KENANGAN 2020 PART 2

 


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ) 💕

Hi there! Apa khabarnya disitu? Harap semuanya sihat wal afiat ya 😊 hehehe lama benar blog ni menyepi kan. Harini tiba-tiba pula aku rajin mau blogging. So, mari kita sambung apa yang tergantung pada bulan Januari yang lalu hehehe.

Keesokan harinya, aku bangun awal pagi sebab malam tu pun tidur awal kan gara-gara kepenatan. Kejut kawan, solat Subuh apa semua, then bersiap-siap. Lepas bersiap-siap barulah kami turun ke bawah untuk tunggu teksi yang telah kami book ramai-ramai. Pagi tu kami turun dari kolej around jam 7 or 7 lebih, nda ingat sangat, tapi time tu matahari belum naik sangat lagi. Masih gelap-gelap. Sebelum turun tu sempat lagi kami bersalaman sesama housemates. Aku dan Afifah gerak pagi tu sebab kami kena pergi ke stesen bas Seremban, while Amy, dia stay dekat kolej ja sebab bas dorang akan datang ke UiTM dalam jam 10 ke atas macam tu, nda ingat sangat sudah. After saying goodbye to Amy, kami pun turun. 

Aku, Afifah dan 3 orang batchmates kami yang lain naik teksi sama-sama pergi ke stesen bas Seremban. Sampai ja stesen bas, masing-masing tunggu bas untuk ke kampung halaman masing-masing. Another farewell on that day. Ada yang ke Kedah, ada yang ke Kelantan, ada yang ke Pahang, dan ada yang ke KLIA2 (aku lah tu hehe). 

Aku dan kawan aku lagi sorang yang dari Sarawak, kami paling last naik bas. Kami naik bas sama-sama ke KLIA2. Sampai ja KLIA2, masing-masing bawa hal sendiri haha. Kawan aku yang Sarawak tu awal flight dia, dia terbang dulu. While me? Flight aku pergi Sabah lamaaaaa lagi. Bayangkan, aku sampai KLIA2 pagi, Zohor pun belum time tu, tapi flight aku petang mau dekat-dekat Asar. Nda ka lama menunggu di sana haha.

Time tu kira ramai jugalah orang di KLIA2 tu. Aku nda tau mau duduk dimana sebab kerusi full, so aku duduk ja sorang-sorang dekat tepi dinding tu sambil killing time menunggu masuk waktu Zohor. Then tengah duduk-duduk tu, datang satu family, duduk sebelah aku. Family tu nda pasti dari mana tapi dorang cakap loghat utara. Aku dengar ja sebab memang suka dengar loghat utara hehe.

Bila masuk waktu Zohor, aku pun pergi lah surau. Time tu aku nda expect langsung yang surau kena kasi clean, ya lah penyakit tengah merebak kan. So telekung, tikar sejadah semua tiada dalam surau. Nasib baik juga pakaian aku boleh bawa solat sebab nda bawa telekung. Habis solat, rehat jap dalam surau, then siap-siap untuk masuk. 

Sekali bila aku tengok yang papan monitor tu, tengok flight lain yang pergi BKI banyak kena cancel. Syukur flight aku masih ada. Aku pun masuk ja lah, then tau-tau ja kena delay rupanya flight mashaAllah 😂 Aku siap sempat buat question dekat ig story lagi untuk isi kebosanan sksksk.

Pendekkan cerita, alhamdulillah aku selamat sampai KKIA dalam jam 8 lebih malam. Haritu seriously, rasa penat betul. But then bila sampai KK ja baru aku terfikir pasal flight cancel yang banyak-banyak tu. Ya Allah, syukur alhamdulillah flight aku cuma delay dan bukan cancel. Kalau cancel, aku nda tau lah macam mana nasib aku time tu 😭

Ok itu sajalah cerita aku untuk kenangan 2020 haha. Tiada menarik sangat pun, tapi perkara sepanjang journey tu mengajar aku macam-macam, terutama dalam memahami erti kesabaran.

Honestly, aku ingatkan time tu cuti sekejap ja. Sebab time tu UiTM memang ada cuti penggal. So aku ingat after cuti penggal tu, boleh balik sudah. Aku siap tinggalkan buku lagi, sebab cuti kan. Tahu-tahu, nahhh. Pembelajaran diteruskan secara ODL untuk sem tu (masa tu aku sem 3). I never knew that day will be the last day I met them huhu. Tapi bukan hari terakhir jejak kaki di UiTM Kuala Pilah. Sebab habis ja sem 3, kena suruh buat clearance. Haa ni pun ada cerita juga hahaha.

So, kan kena suruh buat clearance kan. Aku buat clearance lambat sikit atas sebab-sebab tertentu. Then masa mau buat clearance tu, dikatakan bahawa pelajar fakulti kami wajib balik kampus next sem. Memandangkan aku sudah terbeli tiket untuk buat clearance, so plan aku datang ja la sana ambil baju then tinggalkan barang sikit macam bantal-bantal semua tu untuk diguna pada sem 4. Time tu lebih kurang dalam 2 or 3 minggu ja lagi mau masuk sem 4. SEKALINYA, HAHAHAH. Balik ja dari ambil barang tu, a few days after that ada PRN Sabah kan. Then tiba2 kena cancel nda jadi balik kampus. Masa tu agak huru hara lah, tapi aku alhamdulillah ok lagi sebab awal-awal lagi kena bagitau pelajar Sabah dan Labuan, jangan gerak dulu. Paling kesian kawan aku yang sudah pun sampai kampus, then keluar kenyataan, then haritu juga dorang patah balik. Kesian sebab sudahlah dorang naik bas jauh-jauh huhu. Tapi mesti ada hikmahnya kan.

Dipendekkan cerita, sudah dua tahun aku di rumah menjalani ODL untuk 3 sem, mashaAllah! Alhamdulillah now, I'm officially an alumni of UiTM Kuala Pilah sudah 😭😭 Syukur alhamdulillah dapat survive masa ODL ni, walaupun time last sem tu macam penat betul sudah, aku fikir asal lulus pun bolehlah asal boleh grad on time. Tapi Allah bagi lebih daripada itu masyaAllah 😭😭 Terima kasih kepada semua pihak terlibat yang banyak beri tunjuk ajar dan banyak tolong, banyak support aku sepanjang sem 1 sampailah sem 5 ni 💖 Terima kasih juga pada yang sentiasa mendoakanku, moga doa itu sentiasa berbalik pada kalian 💖

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Now, tengah tunggu result penerapan degree. Kalau ada rezeki, inshaAllah bulan Oktober ni sambung lagi. Doakan aku dan semua orang yang menuntut ilmu tetap kuat dan dipermudahkan segala urusan. Juga semua orang, walau apapun yang kita buat, semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Allahumma aamiin.

Ok itu sahaja dariku. Sorry, terpanjang geng hehe. See you when I see you, daa! Assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)

Drop your comment here ! Thank you :)

 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates