Masa malam cucul tu ( malam raya ) , macam biasalah duduk depan tv tunggu pengumuman raya. Bila
dah diumumkan bahawa esoknya raya, mulalah kecoh satu rumah. Excited lah
katakan. Dah tu, pasang cucul depan rumah. Selesai ja nyalakan api kat
cucul, mulalah main bunga api. Best woo ^^ Hihi.
Ada satu kes
masa malam raya pada tahun yang lain, dimana aku dan adik beradik yang lain main bunga api di koridor sebab malam tu hujan. Adik aku masa tu tak
berani sangat mau main bunga api tapi dia mau try juga. So kami pun bagi lah
dia pegang bunga api tu. Mungkin sebab takut kena tangan, dengan selambanya adik aku pergi buang
bunga api tu ke dalam tong sampah. Then tiba-tiba api daripada bunga api tu marak O_O Aku pun apa lagi terus lari cepat-cepat masuk dalam rumah, mau ambil
air dalam gayung untuk padamkan api tu. Haha, macam bomba la pulak. Bila
sampai ja di koridor tu, tengok api dah padam. Alahai, buat penat ja lari
cepat-cepat. Huhu
Kadang-kadang
masa malam raya tu kami buat BBQ ramai-ramai. Best :) Dapat kumpul
dengan keluarga dan saudara mara. Tapi dah lama tak BBQ
ramai-ramai masa malam cucul. Hmm, tahun lepas pun tak main bunga api. Main Pop pop ja, ikut adik main. Hahaha.
Sekian, Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)