Hai. Harini aku nak share resepi dengan kamu semua. Puding roti! Pernah
buat tak? Mestilah pernah kan. Kan? kan? Mungkin ramai yang dah tau tentang
recipe ni, huhu.
Bahan-bahan :
- 10
keping roti ( disapu marjerin )
- 3
biji telur
- 4
sudu besar gula
- 1
sudu teh esen vanila
- 1
sudu besar tepung jagung
- 300
ml susu full cream
- 300
ml whipping cream
Cara :
- Masukkan
roti dalam loyang
- Masukkan
semua bahan dalam mangkuk & gaul hingga sebati
- Campurkan
dalam loyang yg berisi roti
- Tabur
kismis ( jika mahu )
- Bakar
suhu 180 °C selama 30 minit
And ...
voila! :D Saya tak pernah rasa lagi tapi mama kata sedap! Mama pernah buat :)
Oh ya! lepas masak, boleh makan dengan kuah.
Kuah :
- 1
tin susu cair
- 2
sudu besar tepung kastard
- 2
sudu besar gula
- 1
sudu teh esen vanila
Cara :
- Kacau
& masak atas api sederhana. Setelah masak, korang boleh simpan dalam
peti sejuk
Then,
makan! Haha. Ok, tu ja lah. Happy trying! :D
Sekian, assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment
Jika ada salah dan silap, harap dimaafi :)
Drop your comment here ! Thank you :)