Monday, 30 October 2017

SEVEN DAYS BEFORE #SPM2017


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai para sahabat sekalian! :) Apa khabar? Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah.


Haaa kan dah kata, sekejap ja masa berlalu huhu. Minggu depan dah nak SPM. Lepastu, habis sekolah menengah. Sekejap ja en? Aku tak sangka aku dah setua ini haha (tak lah tua sangat!) .


Bila aku habis sekolah menengah nanti, dah takda dah pelajar berbasikal yang selalu lambat datang sekolah. Alhamdulillah, kes disiplin pelajar yang datang lewat pun akan berkurangan juga, inshaa Allah. HAHAHA. Aku mesti akan rindu saat-saat tu nanti. Guru-guru pun pasti akan rindu punyalah! HAHA! Amboi perasannya aku. Gurau-gurau hehe.


Apapun, semoga berjaya calon-calon SPM 2017 ! Jangan pernah putus asa. Usaha, doa banyak-banyak, tawakal... Inshaa Allah, kita akan berjaya. Yakin pada Allah :) Good luck! Bittaufiq wannajah!


Sebenarnya nak cerita pasal tadi kat sekolah. Masa tu, ada kelas BI. Tiba-tiba 'the Ain(s)' bagi buku program ' KAMI 5 ' untuk ditandatangan. Maka bermulalah sesi autograf antara kami sekelas haha. Masing-masinglah keluarkan dan edarkan buku masing-masing untuk dapatkan autograf setiap orang dalam kelas. Terhibur jugak aku dibuatnya haha. Bayangkan sebab perkara ni, aku boleh tersengih-sengih seorang diri masa pulang dari sekolah tadi. 


Mungkin lepas SPM tak berpeluang lagi nak buat macam ni :') Terima kasih semua rakan-rakan. Semoga persahabatan kita sentiasa diredai Allah SWT. Me love you all hahaha. Uhibbukum fillah!


Inilah hasilnya haha



Byee, Assalamualaikum! :)

Wednesday, 30 August 2017

AKU KEMBALI !



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai para sahabat! Hehe :D Setelah berabad lamanya menyepi, akhirnya gue kembali lagi muahaha. 


Rindu tak rindu tak? Ceh mengada haha. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang tak henti-henti menyokong aku hoho. Eh ada ke? 


*Ombak membedil pantai, burung berkicauan, kambing mengembek, perut berkeroncong* 


Okay nevermind.


Fuh, sekarang dah bulan Ogos. Rakan seperjuangan SPM ku, adakah anda sudah bersedia untuk buat ibu bapa dan orang sekeliling kita gembira (inshaaAllah) ? Dah bersedia nak tempuh soalan peperiksaan? Selamat berjuang ya ^_^ Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah :')


Cepat sangat masa berlalu kan? Tup tup minggu depan dah trial. Tup tup nanti kita dapat result SPM yang cemerlang gemilang terbilang! Wahh, siapa tahu kan hehe. Rahsia Allah.


Dekat-dekat mahu exam ni konfem ada yang stress punya kan? Maka-makanya jerawat pun mengambil kesempatan untuk datang berkunjung beramai-ramai. Tahulah dah nak raya aidiladha. Kot ye pun janganlah bawa satu geng. Aiyoo.

Kalau dah macam tu, nafsu makan apatah lagi huhu. Makin menjadi-jadi nampaknya. Subhan Allah.


Tapi point aku bukan tentang tu, hehe. Point aku tentang stress tu. Macam mana kita nak hadapi stress? Pertama sekali kita kena berusaha melawan stress tu dengan memikirkan sesuatu yang POSITIF. Dalam istilah Sains kata, 


" Think like a proton and stay positive "


Kenapa kena positif? Sebab kalau kita stay positive, automatik kita akan berasa tenang. Kalau kita dalam keadaan tenang, inshaa Allah kita akan mudah mengingat sesuatu. Haritu seorang penceramah (Hendri Hamsah) ada kongsi dengan kami bahawa orang yang tenang dapat recall ingatan sebanyak 70% . Makanya, banyakkan tersenyum daripada stress. Spread the smile!! :D


Seterusnya, baca Al-Fatihah sebelum memulakan apa-apa perkara. Solat of course jangan pernah bagi tinggal kerana solat ni kunci kejayaan. Bak kata seorang prof ni, solat 5 waktu konfem berjaya dunia & akhirat inshaa Allah :')


Baiklah itu sahaja. Keyboard laptop problem ah. Susah nak type panjang-panjang huhu. Byee, assalamualaikum :)

Saturday, 18 March 2017

CUTI LAGI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai. Cuti lagi yeah. Kbyee xD


p/s : Yang cerita pasal hari sukan tu, maaf tak dapat disambung huhu. Yang penting, rumah Temenggung menang! Yeah! Hekhek


Baiklah, selamat bercuti! Nanti kalau ada apa-apa yang best aku update eh. Hehe maaf! Byee, assalamualaikum :)

Sunday, 19 February 2017

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2017 - DAY 1



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


Hai semua! I'm back!  Hehe. Apa khabar? Maaflah sejak kebelakangan ni sibuk sikit ( Ceh sibuk lah sangat  )


Baiklah, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu sukan tahunan sekolah. Minggu ni sekolah kami  telah mengadakan hari sukan yang bermula pada hari Selasa ( 14 Feb 2017 ) dan telah berakhir pada hari Khamis ( 16 Feb 2017 ) .


Sukan? Sama ja macam dulu. Ada acara padang, acara balapan dan kawad kaki. Aku? Pun sama macam dulu  takda ikut apa-apa acara. Bukan aku tak mau ikut, tapi tu lah. Tiada keyakinan dalam diri ini, aiseh haha. Pernah jugalah aku ikut acara dalam sukan tahunan sekolah ni sekali, iaitu kawad kaki. Itu pun masa aku form 1 atau form 2 haha. Tapi bila tengok team kawad haritu buat aku rindu dengan kenangan aku berpanas-panas di tengah padang dulu heheh.


Yang menjadi perbezaan hanya peserta dan suasana masa hari sukan. Oh ya, nama rumah sukan pun dah bertukar tapi warnanya masih samalah macam dulu :

Beta - Temenggung ( Hijau ) My sport house 
Delta - Bendahara ( Kuning )
Alfa - Syahbandar ( Biru )
Sigma - Laksamana ( Merah )


Ok cerita masa first day hari sukan tu, kami sekelas dah lama plan mau pakai baju kelas dan akhirnya tercapai juga yeah haha. Tapi masa hari pertama tu, kami ja yang pakai baju kelas. Orang lain semua pakai baju sukan sekolah. Agak memalukan juga lah sebab rasa lain daripada yang lain kan haha. Lagilah aku. Masa aku on the way pergi sekolah dengan menaiki basikal, ada satu van ni lalu. Orang dalam van tu satu sekolah dengan aku juga. Orang tu pandang-pandang aku  Malulah aku dibuatnya haha. Bila aku pandang balik, terus dia senyum. Aku pun senyum ja lah. 


Sampai ja sekolah, sudah perhimpunan mini. Biasalah aku. Asyik muka aku ja yang datang lambat  Tapi, alhamdulillah, untuk tahun ni baru sekali namaku dicatat dalam rekod ' pelajar lambat datang ke sekolah ' . Jadinya, kira awal juga lah aku datang. Cuma tak berbaris awal ja haha. Aku pun tak tau lah apa masalah aku sampai datang lewat ni huhu. Kamu jangan jadi macam aku ya! Ingat, jaga disiplin, jaga masa!


Lepas habis perhimpunan mini, kami satu sekolah pun diarahkan ke padang. Setelah selesai sesi ta'aruf dengan peraturan-peraturan semasa hari sukan, kami diarahkan pula untuk pergi ke kemah rumah sukan masing-masing yang telah disediakan.


Pendekkan cerita, masa first day tu boleh lah ada suasana semangat kesukanan sikit. Tapi tak macam dulu. Dulu laaaaaaaaaagi semangat haha. Pagi tu, kami luangkan masa dengan duduk bercerita kat kemah. Tiba-tiba cikgu datang.

Cikgu : *puji baju kelas
Classmate : Mestilah cikgu
Cikgu : Kalau di Papar, macam Majlis Daerah baju kamu ni
Classmate : *menafikan/ketawa

Aku hanya mampu ketawa ja sebab abang aku pun cakap perkara yang sama 


Lepas duduk di kemah, kami kehulu-hilir di sekitar padang untuk tengok acara seperti lompat tinggi, lontar peluru, lumba lari dan merejam lembing. Begitulah kami seharian. 'Menyeronokkan' bukan?  

Masa acara merejam lembing tu best sikit. Mula-mula niat pergi ke kawasan merejam lembing tu, nak menumpang teduh di kemah ja, tapi ustaz suruh catat dan ukur jarak lembing lah pula. Makanya, kami yang kebosanan itu pun melakukannya dengan sukarela, ceh haha. Tapi best. Banyak perkara yang menggelikan hati berlaku haha.


Pendekkan cerita lagi, masa pulang kami adakan jamuan kecil-kecilan. Masa tu, aku paling suka makan karipap sardin muahaha! Makanan yang lain pun sedap-sedap belaka juga. Air pun sama. Terima kasih semua kepada yang menyumbang makanan dan minuman  


Tamatlah kisah hari sukan yang pertama. Itu ja lah. Seems boring right?  Maaflah huhu. Alright, time to go! Nanti in shaa Allah, aku cerita pasal hari seterusnya ya. Gambar nanti upload, kalau ada masa hehe. Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi! Byee! Assalamualaikum 


p/s : Maafkan diriku jika ada perkataan/ayat yang membuatkan anda tidak senang. Assif jiddan!  

Saturday, 14 January 2017

2K17 :)



Hai hai hai :) Wahhh, tak sangka kan sekarang tahun 2017 sudah dan kita masih boleh bernyawa, bernafas malah ada yang sihat walafiat hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Syukur, kita masih diberikan peluang untuk hidup oleh pencipta kita, Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).


And you guys want to know? I will be sitting for SPM this year on 6 November 2017, In shaa Allah. Yeah, it's my turn now haha. Doakan kami ya. Terima kasih :)


Cepat masa berlalu kan. Kalau panjang umur, lepas SPM nanti aku tak tau nak sambung belajar apa haha. Entah lah aku pun tak pasti kenapa. Okay lah, just ignore it.


Idea dah hilang, tak tau nak type apa lagi xD Itu ja lah kot hihi. So sebagai penutup, aku selaku orang yang tidak pernah lepas daripada buat salah, ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja. Maafkan aku jika sepanjang aku hidup ni, aku pernah sakitkan hati kamu, terpukul, terumpat secara terang-terangan atau terlintas di fikiran dan kesalahan-kesalahanku yang lain. Maaf sangat-sangat dan halalkan segalanya. Terima kasih banyak untuk segalanya :)


Byee! Assalamualaikum :) Kalau panjang umur, next time kita jumpa lagi di post yang lain hehe.
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates