Monday, 15 December 2014

CUTI HUJUNG TAHUN


Hai semua! Hehe. Sudah lama nda update blog. Kamu semua apa khabar? Sihat? Harap sihat walfiat ya kawan-kawan :) 

Best cuti? Cuti dua bulan ni, kamu buat apa? Apapun aku nak pesan sikit, masa cuti ni hati-hati ya. Jagalah keselamatan walau di mana jua anda berada :)

Aku pula lebih banyak habiskan masa di rumah sepanjang cuti ni. In shaa Allah pada 20 Disember ni, aku dan keluarga akan pulang ke kampung mama (yeayy! J) . Yang best nya bila balik kampung ni, boleh mandi sungai . Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki di sungai tu. Kalau nda silap, kali terakhir aku di sungai tu pada tahun 2010.

Oh ya. Nak bagitahu ni. Siapa kat sini yang minat dengan film-film Thailand? Haa! Dengar kata, " Make Me Shudder " yang ke-3 bakal keluar :) Tapi saya tak tau lah pulak bila keluarnya hoho. 

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)

Sunday, 14 September 2014

TAMPARULI :D


Hai ! :D Cuba teka tadi kami pergi mana? Jeng jeng jeng .. Tamparuli! Muahaha. Haa, Tamparuli ni salah satu tempat yang ada di Sabah. Kalau mau tau lebih lanjut, boleh lah cek di google atau klik ja di sini > Tamparuli < Amboi, macam pemandu pelancong pula aku ni heheh.

Walaupun aku asal dari Sabah, aku jarang dapat keluar jalan-jalan di negeri sendiri. So maaflah jika ada sedikit kesakaian (over excited) di situ. Maklumlah baru first time pergi, heheh. Tapi memang best lah. Naik jambatan Tamparuli. Gayat tu tak lah jugak. Cuma kat kepala ni asyik fikir nak jatuh ja. Tapi alhamdulillah, semua selamat :)


Pak pak kang ku doh 
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku ~



Yeahh~ Itulah jambatan Tamparuli. Tinggi lah jugak. Hee. Lepas kami selfie bagai di atas jambatan, kami pun turun. Ikut mama beli buah-buahan. Salah satunya adalah langsat. Dekat kawasan ni memang banyak buah-buahan yang dijual. So siapa yang terasa nak makan buah tu, pergi ja dekat sini.



Haa! Ini lah langsat nyaa ~~


Ok, tu ja lah. Heee, good night!

Sekian, assalamualaikum :)

Thursday, 4 September 2014

PUDING ROTI


Hai. Harini aku nak share resepi dengan kamu semua. Puding roti! Pernah buat tak? Mestilah pernah kan. Kan? kan? Mungkin ramai yang dah tau tentang recipe ni, huhu.

Bahan-bahan : 

  • 10 keping roti ( disapu marjerin )
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 300 ml susu full cream
  • 300 ml whipping cream

Cara : 

  • Masukkan roti dalam loyang
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk & gaul hingga sebati
  • Campurkan dalam loyang yg berisi roti
  • Tabur kismis ( jika mahu )
  • Bakar suhu 180 °C selama 30 minit

And ... voila! :D Saya tak pernah rasa lagi tapi mama kata sedap! Mama pernah buat :) Oh ya! lepas masak, boleh makan dengan kuah.

Kuah : 

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara : 

  • Kacau & masak atas api sederhana. Setelah masak, korang boleh simpan dalam peti sejuk

Then, makan! Haha. Ok, tu ja lah. Happy trying! :D

Sekian, assalamualaikum :)

Monday, 9 June 2014

KENANGAN MALAM RAYA


Masa malam cucul tu ( malam raya ) , macam biasalah duduk depan tv tunggu pengumuman raya. Bila dah diumumkan bahawa esoknya raya, mulalah kecoh satu rumah. Excited lah katakan. Dah tu, pasang cucul depan rumah. Selesai ja nyalakan api kat cucul, mulalah main bunga api. Best woo ^^ Hihi.

Ada satu kes masa malam raya pada tahun yang lain, dimana aku dan adik beradik yang lain main bunga api di koridor sebab malam tu hujan. Adik aku masa tu tak berani sangat mau main bunga api tapi dia mau try juga. So kami pun bagi lah dia pegang bunga api tu. Mungkin sebab takut kena tangan, dengan selambanya adik aku pergi buang bunga api tu ke dalam tong sampah. Then tiba-tiba api daripada bunga api tu marak O_O Aku pun apa lagi terus lari cepat-cepat masuk dalam rumah, mau ambil air dalam gayung untuk padamkan api tu. Haha, macam bomba la pulak. Bila sampai ja di koridor tu, tengok api dah padam. Alahai, buat penat ja lari cepat-cepat. Huhu

Kadang-kadang masa malam raya tu kami buat BBQ ramai-ramai. Best :) Dapat kumpul dengan keluarga dan saudara mara. Tapi dah lama tak BBQ ramai-ramai masa malam cucul. Hmm, tahun lepas pun tak main bunga api. Main Pop pop ja, ikut adik main. Hahaha. 

Sekian, Assalamualaikum :)

Wednesday, 7 May 2014

TIPS BELAJAR


Hai semua! Memandangkan exam dah nak dekat, hari ni aku nak kongsi sikit tips yang aku dapat masa kat sekolah haritu :)


5 Petua mengingat : 
  • Tumpukan perhatian
  • Tukar maklumat yang diterima kepada gambar
  • Ulang & latih semula apa yang ingin diingat
  • Menjaga masa tidur
  • Mempraktikkan apa yang dipelajari dengan serta merta

Makanan yang membantu daya fikiran :
  • Air masak
  • Bunga kobis/lobak
  • Kacang soya
  • Kacang pistachio
  • Susu
  • Daging (seminggu sekali)
  • Buah kismis

Tips untuk elakkan diri daripada mengantuk :
  • Buat senaman ringan
  • Basuh muka
  • Tidur awal
  • Tanya soalan
  • Minum air masak
  • Menjaga makanan
  • Duduk dengan betul & jangan meletak kepala di atas meja

Haa! Satu lagi tips exam


Semoga tips ini dapat membantu anda! ^^ Good luck! Fighting!

Sekian, assalamualaikum :)

Sunday, 23 March 2014

BUTTER NUT COOKIES


Hai. Apa khabar semua? :D Ok harini aku nak share tentang resepi Butter Nut Cookies !

Pernah makan tak biskut ni? Pernah buat? Kalau tak pernah, meh try buat biskut ni :D


Bahan-bahannya :

1) 50 gm roller oat
2) 100 gm gula kastor
3) 120 gm tepung gandum
4) 150 gm mentega
5) 50 gm kelapa tin
6) 2 sudu besar golden syrup
7) 1/2 sudu teh soda bikarbonat
8) 1 sudu teh serbuk penaik


Cara-cara membuat :

1) Masukkan roller oat dalam mangkuk bersama gula, tepung gandum yg diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik serta kelapa tin.

2) Buatkan lubang di tengah, panaskan mentega dan golden syrup hingga cair kemudian tuangkan ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata.

3) Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan bakar di dalam dulang pembakar dengan suhu oven 180° C selama 12-15 minit dan biarkan biskut itu sejuk dalam dulang.


Source : Buku kepunyaan mama. Hehe, pinjam jap :)

Selamat mencuba!

Sekian, assalamualaikum :)
 

CAPTAIN CHUMIE Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates