Hai semuanya! Hehe. Selamat bercuti gaiss! Yes finally cuti
sekolah bermula! Muahaha. Kami start cuti 25 November 2016. Pergh dah lama aku
tunggu saat-saat ni. Ceh.
Masa cuti ni
lah juga, something unexpected happened to me haha ( uyyo Jiah speaking english
:p )
Saja ja nak
share pengalaman aku manatau bermanfaat ka apa ka hehe.
Orite
ceritanya begini ... *lihat ke atas, muncul kepulan-kepulan awan* ...
Peristiwa tu
berlaku pada 29 November 2016 bersamaan dengan hari Selasa yang lepas. Tengah
malam tu aku berjaga (sekarang ni pun tengah berjaga haha) main internet burung
hantu gitu sebab masa tengah malam ja boleh merasa internet laju ni. Siang
internet jadi kura-kura sebab broadband sudah habis quota.
Ok dilanjutkan cerita,
aku berjaga tu saaaaaaaampailah jam 7 pagi. Masa tu aku sudah mengantuk, so
kira mau tidur lah kejap. But then, aku teringat nak beri makan arnab
kesayangan aku tu haa, nanti kalau aku tak bagi, lapar pula arnab tu.
Memandangkan baja arnab dah habis, so aku kena lah buka pek yang baru.
Aku buka pek
tu dengan menggunakan pisau kat singki. Tiba-tiba ...
BERSAMBUNG ~
Jangan lupa
nantikan pengakhirannya di post yang seterusnya :)
Cehh mengada
pula aku ni. Ok sambung cerita.
Tiba-tiba,
entah macam mana pisau tu boleh pula terkena dekat jari aku. Mula-mula tu aku
ingat jari aku terhiris sikit ja sebab kalau tak silap pernah juga alami
perkara yang sama. Tapi aku jadi sedikit panik dan tak sangka bila banyak darah
yang keluar. Dengan paniknya, aku panggil mama. Mama time tu kat ruang tamu, and aku kat sinki dapur.
" Maa
oh ma. Sini kejap "
" Apa?
"
" Sini
kejap "
Bila mama
nampak bleeding non-stop, terkejut juga then mama tanya apa yang aku buat ni.
Haha aku masa tu memang speechless lah sebab tak sangka boleh berlaku kan.
Kelakar juga lah bila nampak sedikit isi dari jari telunjuk kanan aku termasuk dalam
pek makanan arnab yang aku buka tadi. Tapi tak terfikir pun nak ambil isi tu
dan tampal balik dekat jari aku. Panik punya pasal haha.
Masa tu bapa
dah pergi kerja so takda kenderaan. Alhamdulillah, nasib baik juga lah cousin
aku cuti dan ada dekat rumah. Aku, mama dan adik bongsu pun naiklah motor
bertiga ke rumah cousin. Dipendekkan cerita, aku pun sampai ke hospital
ditemani mama, babu, cousin dan adik bongsu.
Sampai ja
hospital, mama terus tunjukkan ic aku dekat unit kecemasan. Then aku kena suruh
masuk. Masa tu darah masih tak berhenti. Adalah satu doktor ni yang tolong aku,
muka macam cousin aku hahah. Doktor ni buat macam-macam untuk berhentikan darah
tapi masih tak berhenti. Lepastu doktor lain pula yang ganti. Masa luka aku kena ubat tu
memang pedih yang teramat. Lepas ubat, doktor tu balut jari sebab nak
tengok nanti darah berhenti atau tak. So dia suruh aku relaks.
Yang lucunya
bagi aku, bila doktor tu tanya;
"
Mengantuk ka? "
*angguk*
" Mari
sini "
Guess what?
Doktor tu bawa aku pergi katil tempat pesakit dan suruh aku baring-baring dekat
situ then doktor tu pergi. Aku pun baringlah lalu tergelak sambil cover muka
sebab malu xD Bukannya apa, tapi aku rasa lucu sebab aku sakit tangan ja. Ni
mengada pula sampai baring hahah. Sampai ada doktor lain yang tanya aku kenapa
xD
Beberapa
minit kemudian, doktor buka balik balutan kat jari tu. Bila buka balutan tu,
darah dah berhenti. So kena balut lagi dengan antiseptik (iodin) sampailah jadi
macamni ...
Ni gambar bila sudah sampai rumah. Yang luka tu jari telunjuk tapi doktor pergi balut sekali jari sebelah. Style katanya haha.
Dah siap balut, kena suntik, then habis. Aku pun keluar dari bilik
tu. Lepas mama tolong ambilkan ubat, kami pergi singgah kantin dulu hihi.
Lepastu balik. Yeayy tamat hahaha.
Demikianlah
ceritaku mengenai pengalamanku yang tidak dijangka-jangka haha. Pulang-pulang ja
ke rumah, arnab tak makan lagi. Kesian.
Pengajaran :
1)
Berhati-hatilah ketika mengendalikan benda yang tajam
2) Jagalah
sesuatu yang Allah SWT telah pinjamkan kepada kita dengan sebaik-baiknya
3) Setiap
perkara yang berlaku ada hikmahnya
Orite itu
sahaja. Hehe. Semoga kisah ini ada manfaat atau boleh dijadikan pengajaran
maybe? :)
Korang ada tak kisah yang korang tak jangka? Meh la share dengan
aku.
Itu ja lah
untuk setakat ni. Aku nak sambung tengok Heart Series 2 ni hahah. Daa!
Assalamualaikum :)